Monday 23 January 2012

syukur..hurmm


Assalamu’alaikum ….
Coretan ini sekadar utk meluahkan apa yang terbuku dari isi hati…
Dan yang tidak sempat diungkap semasa interaksi..
Bila mana terdengar kisah saudara seislam yang baru memeluk Islam membentangkan kisah-kisah .dan kronologi …bibit-bibit percintaannya dengan Islam…
Hati kecil ini bersuara….apakah aku ini……

ALLAHUAKBAR
ASTARGFIRULLAH..
Hati terkedu seketika….
Aku tahu nikmat paling besar ialah iman dan Islam
Tapi apakah MENSYUKURI NYA??
APAKAH AKU INI SEDAR IANYA ADALAH NIKMAT ?/
Andai kita rasa kita sudah bersyukur?/
Kalau benar kita ini sudah bersyukur?//
Apakah buktinya…..??.
Persoalan itu perlu dijawab…..
Tapi hati berazam untuk menterjemahkan sykur itu dalam ketaatan padaNYA>>
Saya mengajak sahabt2,…untuk bertanya soalan di bawah ini
“apakah aku ini sedar dua nikmat yang dikurniakan iaitu iman dan islam dalam diri ini?
Dan kalau benar aku sedar ..apakah buktinya…..??”
Harap kita jujur dan jwb pada hati kita…
Muhasabah kembali
Segala coretan di atas semuanya berbalik pada topic SYUKUR
Adakah kita tergolong dari golongan yang bersyukur? Allah menjelaskan “Tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur” (Surah Yusuf:38).
Secara ringkasnya..bagaimana kita nk kaitkan syukur itu dgn kita
Setiap detik kita menggunakan nikmat kurniaan Allah, amat sedikit yang menyedarinya, apa lagi untuk mengsyukuri akan kurniaan itu.

Teringat pada kisah khalifah umar al khattab :
Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: “Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit” Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: “Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?” Pemuda berkenaan menjawab: “Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A’raaf ayat 10 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur” Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah” jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: “Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu”

Akhirnya..saya mengajak sahabat2….untuk kita terjemah syukur itu dalam perbuatan dan dalam kehidupan kita..
Mari memaknakan hidup saudaraku!!!

No comments:

Post a Comment