Monday 23 January 2012

darpda buku kepemimpinan al fateh



syeikh aq syamsuddin berpesan kepada sultan muhammad al fateh,
 "walaupun pada hari ini engkau mencapai kejayaan besar dalam sejarah,engkau dipuji sepanjang sejarah,
namun biarlah aku satu-satunya manusia yang sentiasa mengingatkan engkau hanya hamba ALLAH"

wasiat sultan muhammad al-fateh kepada anaknya saat menjelang kematiannya..
"tidak lama lagi aku akan menghadap ALLAH.Namun aku sama sekali tidak merasa menyesal kerana aku meninggalkan pengganti sperti kamu.kamu mesti menjadi orang yang adil,soleh dan pengasih.
Bentangkan perlindunganmu kepada seluruh rakyat tanpa membezakan mereka.Tugas kamu dalam menyebarkan agama Islam ini adalah kewajipan raja2 di bumi.

dahulukan kepentingan agama lebih daripada kepentingan yang lain.

Jangan kamu lemah dan lengah dalam menegakkan agama.

jangan kamu sekali-kali mengambil orang yang tidak peduli kepada agama sebagai pembantumu dan

Jangan pula kamu mengangkat orang yang tidak menjauhi dosa2 besar dan leka dalam kekejian.

Hindari perkara2 yang merosakkan.

Jauhi orang yang menyuruhmu melakukan kejahatan.

lakukan perluasan kuasa ini adalah jihad.

Jaga baitulmal,jangan sampai dibazirkan.

jangan sekali2 kamu menghulurkan tanganmu pada harta rakyatmu kecuali sesuai dengan syariat Islam.

Himpun kekuatan orang yang lemah dan fakir dan berikan penghormatanmu kepada orang yang berhak.

Ulama adalah kekuatan yang harus ada dalam negara,maka hormati mereka.

Sekiranya kamu mendengar ada seorang ulama di negara lain,ajak dia datang ke negara ini dan beri dia harta kekayaan.

Hati2 jangan sampai kamu tertipu dengan harta bendamu dan dengan banyknya jumlah tenteramu.

Jangan sekali2 kamu mengusir ulama dr pintu2 istanamu.

Jangan sekali2 kamu lakukan satu hal yang bertentangan dengan hukum Islam.Agama adalah tujuan kita,hidayah ALLAH adalah cara hidup kita dan dengan agama ini,kita menang.

Ambillah pengajaran ini daripadaku.

Aku datang ke negara ini (konstantinopel) laksana semut kecil,lalu ALLAH kurniakan kepadaku nikmat yang sedemikian besar ini.

Maka berjalanlah seperti yang aku lakukan.

Bekerjalah kamu dalam meninggikan agama ALLAH dan hormati ahli2nya.

Janganlah kamu menghambur-hamburkan harta negara negara dengan berfoya-foya dan bersenang-senang,ataupun kamu pergunakan lebih daripada sewajarnya.

Ini kerana semua itu adalah penyebab utama kehancuran.."



di sebalik kejayaan sultan muhammad al fateh...berdiri teguh di belakangnya,.org yg alim..yg memberikannya didikan agama..


wahai teman


berdampinglah dengan org2 yg alim.


moga mampu memberikan pembaikan pada hati kita ini..





No comments:

Post a Comment