Saturday 28 April 2012

Bijak mengurus masa



Alangkah indahnya bait-baik kata as-syahid imam hasan al banna yang berkata :
“Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada, oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya,”
                    Kepada setiap pendakwah atau seorang Islam yang sejati, masanya sangat penting. Mereka harus waspada selalu dengan penggunaan masa. Masa yang tidak digunakan dengan teliti akan menyebabkan kita akan menyesal tanpa kesudahan.
                    Ini kerana, masa yang sudah terlepas itu tidak boleh diganti lagi. Pepatah Melayu ada menyatakan, patah tumbuh hilang berganti. Tetapi, bidalan itu merujuk kepada seseorang pemimpin yang telah mati atau barang hilang yang mungkin boleh ditemukan semula atau sesuatu yang hilang dan boleh digantikan semula.
                  Yang tak boleh digantikan semula ialah waktu, saat, detik, dan masa. Oleh kerana masa ini sangat penting, maka setiap bangsa punya peraturan, falsafah dan pepatah yang lengkap tentang kepenggunaan waktu. Antara bangsa Asia, kita selalu mendengar bahawa bangsa Jepun menghargai waktu.
                 Bagaimanapun mereka maju di dunia kerana falsafah penggunaan masa itu hanya sekadar untuk memenuhi keperluan di dunia. Sedangkan, Islam menyeru umatnya agar mengguna masanya guna memenuhi keperluan di dunia dan kebutuhan di akhirat.
                 Pepatah Melayu menyebutkan bahawa masa itu emas. Malah emas, perak dan intan berlian sekali pun belum dapat menandingi harga masa. Kalau emas itu hilang, maka emas itu boleh dicari semula atau pun diganti dengan wang, tanah atau apa-apa pun yang ada harganya. Itulah kayu ukur yang menandakan masa itu sangat berharga.Iaitu, jika masa telah berlalu, maka tiada suatu kuasa apa pun yang dapat menggantikannya atau mengembalikannya. Tapi, jika emas hilang, nescaya ada seribu satu jalan, kuasa yang dapat berikhtiar menggantikannya.


                        Waktu tidak boleh dicipta, malah alam ini tercipta oleh peredaran waktu. Tuhan menyebut bahawa alam ini tercipta dalam enam masa. Masa cuma boleh dinamakan, dipenggal, dipecahkan, dipotong sebagai hari, minggu bulan serta dinamakan Ahad, Isnin dan sebagainya. Jika ada keperluan untuk amalan rohani gelap, maka ia dinamakan Keliwon mengikut lidah Jawa.
                       Masa itu tidak boleh direkabentuk seperti benda-benda yang boleh dipegang. Setiap yang boleh dipegang boleh dipatahkan dengan benda lain. Pokok yang dipatahkan rantingnya boleh tumbuh semula. Kerana itu, manusia boleh berkata, yang patah itu boleh tumbuh dan yang hilang boleh berganti. Ini kerana, patah dan tumbuh itu sifat benda dan bukan sifat masa.
                      Malah, masa itu boleh mengancam manusia. Saidina Ali berkata, “Masa itu umpama pedang. jika kamu tidak ‘memenggalnya’, nescaya ia akan ‘memenggal’ lehermu.”
                      Sebenarnya yang menyebabkan masa itu berharga ialah disebabkan adanya kerja, tugas, amanah yang perlu disiapkan semasa waktu itu sedang berjalan.
                      Demikanlah pentingnya pendakwah hebat dan bijak dalam pengurusan masanya dalam memastikan pembangunan sentiasa berjalan dengan konsisten.Kita dapat lihat bagaimana Negara Jepun yang mana menjadikan kehebatan mengatur masa sebagai senjata dalam pembangunan di Negara mereka.
ALLAH s.w.t telah bersumpah atas masa dalam firman-Nya :
وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣)
"Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan, orang yang beriman, dan beramal soleh. Dan (mereka yang) mengajak ke arah kebenaran dan mengajak dengan sabar."
(surah al-asr : 1-3 )


                       Bila mana pendakwah bijak mengurus masa,bijak mengurus/mencatur proses pembangunan manusia dengan menggunakan sepenuhnya masa yang ada,di sana akan wujud satu kesan pembangunan yang jelas dan kita boleh lihat.
                       Pesanan Imam Ibnul Jauzi mengungkap dalam sebuah risalah yang diberi nama laftatul Kabid Nashithatil Walad yang berisi nasihat kepada putera beliau supaya sentiasa menjaga waktu.Beliau berkata , “ ketahuilah wahai anakku,hari-hari itu dibentangkan menjadi kumpulan jam.Jam dibentangkan menjadi kumpulan nafas ibarat almari .Waspadalah supaya desah nafas itu tidak berlalu tanpa faedah dan manfaat.”
Begitulah pesanannya kepada anaknya dalam membangunkan diri anaknya.
                  Secara jujurnya bagi penulis ini,pendakwah itu sama sekali tidak akan dapat membangunkan manusia dengan pembangunan yang efektif dan pembangunan yang sebenar-benarnya andai kata dirinya tidak mampu mengurus masa,tidak mampu mengatur hidup.
Di antara pendorong kepada pendakwah dalam menghargai masa.mengatur masa ialah kisah ulama dengan masa :
1)      Kedukaan Fakrurrazi : Hilangnya wkatu penting kerana makan
·         Dalam kitab uyunul Anba’ fi Thabaqatil Athibba karya seorang doctor juga ahli sejarah,Ibnu Abi Ushaibiah apabila disebutkan tentang biografi Imam Fakhruddin Ar-razi,seorang ahli tafsir,ahli fekah serta ahli ilmu kalam ,yang lahir pada tahun 543 H dan wafat tahun 606 H.Dia meninggal dunia dalam umur 63 tahun.Disebutkan dalam biografinya,sebuah ungkapan Ibnu Abi Usaibiah,Al-qadi Syamsuddin Al-Khu’I menceritakan kepada kami dari Syeikh Fakhruddin ,bahawa dia berkata :
“ demi ALLAH ,saya benar-benar berduka kerana hilangnya waktu yang saya gunakan untuk makan,yang mestinya boleh dipakai untuk menggeluti ilmu.Kerana ,sesungguhnya waktu itu amat berharga nilainya.”








2)      Tahanlah Matahari
·         Disebutkan sebuah riwayat dari Amir bin Abdi Qais .seorang Tabiin yang zuhud,ada seorang lelaki berkata kepadanya , “berbincang-bincanglah denganku.” Amir bin Abdi Qais menjawab, “ tahanlah matahari .”
Maksudnya , “ cuba hentikan putaran matahari ,jangan biarkan ia berputar ,baru aku akan berbincang-berbincang denganmu kerana sesungguhnya waktu ini sentiasa bergerak ke hadapan dan setelah berlalu ia tidak akan kembali lagi.Kerugian akibat tidak memanfaatkan waktu adalah jenis kerugian yang tidak dapat diganti.Setiap waktu memerlukan  amal perbuatan sebagai isinya.”

3)      Sebuah kata-kata Ibnu Mas’ud yang memanah hati-hati pendakwah yang tidak tahu menghargai masa dan tidak menggunakan masa dengan sebaik-baiknya :
“ aku belum pernah menyesali sesuatu seperti aku menyesali tenggelamnya matahari ,di mana usiaku berkurang ,namun amal perbuatanku juga tidak bertambah”

4)      Imam Ibnul Jauzi berkata :
“ saya melihat manusia terdorong membuang masa secara kejam.Apabila larut malam,kerjanya bercakap sahaja tanpa manfaat.Atau sekadar membaca buku yang isinya jenaka dan perkara sia-sia sahaja.Pada waktu siang ,kerjanya hanya tidur .Petang hari.mereka berada di pasar ,pusat membeli belah atau d pinggir sungai.Ibnul Jauzi sendiri hidup di Baghdad.Saya menyamar dan menyertai mereka dengan orang yang berbual di sebuah perahu besar yang sedang berlayar,sementara mereka tidak memiliki pengalaman apa-apa,saya juga melihat orang-orang yang sangat memahami makna hidup.Mereka sentiasa menyediakan bekalan dan bersiap melakukan perjalanan.Selagi usia masih ada,lakukan segera sebelum terlambat ,berlumbalah dengan waktu !

No comments:

Post a Comment