Thursday 9 February 2012

semuanya tidak PERCUMA













kata2 di bawah diambil drpd buku fiqhud dakwah tulisan Pak Natsir

maka diperingatkan bahawa ; bukan sia2 dan percuma air turun dari langit itu yang 'menghidupkan' bumi ; memungkinkan tumbuhnya bermacam2 tumbuhan yang berdaun,berbunga dan berbuah; hidupnya haiwan dan ternakan yang dagingnya boleh dimakan yang kekuatannya dapat dipergunakan penambung tenaga

bukan sia2 dan percuma ,itu siang berganti malam.siang yang memungkinkan manusia berusaha;malam yang memberikan kesempatan utk mengistrehatkan badan dan fikiran

bukan percuma2 dan sia2 itu 'laut yang terhampar luas' yang permukaannya dapat dilayari dengan kapal,sehingga kelompok2 manusia yang bertebaran dan terpencil dpt bebas dari isolasinya,mengarungi lautan dan mengunjungi lain2 pulau dan benua,mempertinggi darjat manusia dengan pertukaran barang dan kebudayaan,dari tingkat hidup agraris ketingkat yang lebih tinggi.

bukan percuma itu bintang2 di langit yang merupakan 'petunjuk jalan bagi musafir' di lautan dan padang pasir.

Bukan percuma itu ikan2 yang segar utk dimakan dan bermacam perhiasa yang indah dan bermacam ragam..semuanya terkandung dalam laut samudra

bukan percuma,itu angin yang beredar,baik yang deras atau pun yang sepoi2 basah.Tak percuma awan yang bergumpal2 dan berarak2.
tak percuma itu"semua kurnia ilahi di bumi ini yang diperlipat gandakan oleh khaliq dan berbagai warna dan bermacam ragam" yang dinikmati oleh mata dan jiwa seni manusia

TIDAK PERCUMA ITU SEMUA,itu adalah pemberian Khaliq yang tidak sanggup kamu menghitung membilangnya .Semua adalah 'bagi kamu'.semua 'yanfa unnas' bermanfaat bagi manusia.
Semua "sakh kharalakum",diperuntukkan bagi hidup duniamu ini.supaya kamu sadari itu semua.
supaya kamu PANDAI BERSYUKUR NIKMAT !


kata2 hikmah drpd Bapak Natsir

“Jangan berhenti tangan mendayung, agar arus tidak membawa hanyut .. Mulailah dengan apa yang ada .. karena yang sudah ada itu semuanya anugerah dari Allah, sudah amat cukup untuk memulai .. dan selalu mencari redha Allah”(M. Natsir)
  


Monday 6 February 2012

kitab2 sirah nabawiyah


Pada mulanya kisah dalam Sirah Nabi s.a.w. hanya merupakan hadis-hadis yang
diriwayatkan oleh para sahabat r.a. kepada generasi selepas mereka. Sesetengah sahabat
memberikan perhatian khusus terhadap setiap peristiwa yang berlaku dalam sirah Nabi s.a.w.
dan pendetailannya. Kemudian, para tabien menukilkan riwayat-riwayat ini dan mencatatnya
dalam lembaran simpanan mereka. Sesetengah mereka memberi perhatian khusus terhadap
usaha ini, contohnya: Aban bin 'Othman bin 'Affan r.a (32-105H) dan 'Urwah bin az-Zubair
bin al-'Awwam (23-93H). Contoh di kalangan tabien kecil pula iulah, Abdullah bin Abu
Bakar al-Ansori (meninggal dunia pada 135H), Muhammad bin Muslim bin Syihab az-Zuhri
(50-124H) yang mengumpulkan sunnah pada zaman 'Umar bin 'Abdul 'Aziz hasil
perintahnya, juga 'Asim bin 'Umar bin Qatadah al-Ansori (meninggal dunia 129H).
Kemudian keprihatinan terhadap Sirah telah berpindah kopada generasi selepas mereka,
sehingga generasi ini menulis sirah dalam penulisan yang khusus (diasingkan daripada
bidang yang lain). Di antara pengarang awal Sirah yang paling terkenal ialah Muhammad bin
Ishaq bin Yasar (Ibnu Ishaq) (meninggal dunia 152H). Jumhur 'ulama dan para ahli hadis
bersepakat mengatakan beliau thiqah, kecuali Malik dan Hisyam bin ' Urwah bin az-Zubair.
Diriwayatkan bahawa Malik dan Hisyam mempertikaikan beliau. Namun, kebanyakan 'ulama
muhaqqiqin menafsirkan tindakan kedua-dua orang 'alim besar ini mempertikaikan
kethiqahan Ibnu Ishaq adalah disebabkan persengketaan peribadi yang berlaku di antara
mereka.
Ibnu Ishaq pula telah menulis kitab al-Maghazi. Kitab ini mengandungi hadis-hadis dan
riwayat-riwayat, yang (didengarnya sendiri di Madinah dan Mesir. Dukacitanya, kitab ini
tidak sampai kepada kita. la telah hilang bersama kitab-kitab lain yang hilang daripada
warisan ilmu kita yang kaya. Akan tetapi, kandungan kitab itu masih kekal terpelihara.


Kerana Ibnu Hisyam telah meriwayatkannya dalam kitab sirah beliau daripada jalan riwayat
gurunya, al-Bakka-ie, salah seorang murid Ibnu Ishaq yang terkenal.

Sirah Ibnu Hisyam



Beliau ialah Abu Muhammad Abdul Malik bin Ayyub al-Himyari (dikenali dengan
Ibnu Hisyam). Membesar di Basrah dan meninggal dunia pada tahun 213 atau 218H
mengikut perbezaan riwayat. Ibnu Hisyam telah menulis kitab as-Sirah an-Nabawiyah. Kitab
ini mengandungi peristiwa sirah yang diriwayatkan oleh gurunya, al-Bakka-ie daripada Ibnu
Ishaq, di samping peristiwa sirah yang beliau riwayatkan sendiri daripada guru-gurunya. Iaitu
riwayat yang tidak disebut oleh Ibnu Ishaq dalam kitab sirahnya. Beliau telah menyebut
riwayat Ibnu Ishaq yang tidak menepati citarasa ilmunya dan yang dikritiknya. Kitab ini
muncul sebagai sumber Sirah Nabi s.a.w. yang paling amanah, paling sahih. dan paling teliti.
Ia diterima oleh orang ramai menyebabkan mereka terus menamakan kitab itu dengan nama
beliau; Sirah Ibnu Hisyam. Kitabnya ini telah disyarahkan oleh dua orang 'alim diri Andalus:
as-Suhaili (508-581H) dan al-Khusyani (535-604H)



Tobaqot Ibnu Saad



Beliau ialah Muhammad bin Saad bin Mani' az-Zuhri (dikenali dengan Ibnu Saad).
Lahir di Basrah pada 168H dan meninggal dunia di Baghdad pada 230H. Beliau adalah
seorang penulis kepada Muhammad bin 'Umar al-Waqidi (130-207HJ, ahli sejarah yang
terkenal dalam bidang kisah-kisah peperangan dan sirah. Ibnu Saad menyusun tulisannya
dalam kitabnya, at-Tobaqot (selepas menulis tentang Sirah Rasul a.s. dengan menyebut
nama-nama sahabat dan tabien mengikut lapisan generasi (tobaqot), kabilah dan kawasan
mereka. Kitab beliau, at-Tobaqot dianggap antara sumber awal sirah yang paling dipercayai
dan faktanya paling terpelihara dengan dinyatakan latar belakang sahabat dan tabien.

Tarikh at-Tobari



Abu Jaafar Muhammad bin Jarir at-Tobari (224-310H). Seorang imam, faqih, ahli
hadis dan pengasas mazhab fiqh yang kurang tersebar. Penulisan beliau di bidang sejarah,
tidak terbatas kepada Sirah Rasul a.s., bahkan sejarah umat-umat sebelumnya. Beliau
menyediakan bahagian yang khusus untuk Sirah Baginda a.s., seterusnya menyambung
perbicaraan tentang sejarah negara-negara Islam sehingga beliau hampir meninggal dunia.
Apa yang diriwayatkan oleh at-Tobari boleh dijadikan hujah dan dipercayai. Walau
bagaimanapun, banyak riwayat dhaif atau batil yang beliau sebut, beliau berpada dengan
menyandarkan riwayat tersebut kepada perawinya. Ini kerana puda zaman beliau, orang
ramai mengenali perawi tersebut. Contohnya, apa yang diriwayatkan daripada Abu Mikhnaf.
Abu Mikhnaf adalah seorang pengikut Syiah yang taksub. Namun begitu at-Tobari banyak
memasukkan riwayat beliau ke dalam tulisannya dengan cara menyandarkan riwayat tersebut
kepada Abu Mikhnaf. At-Tobari seolah-olah melepaskan tanggungjawab riwayat tersebut dan
meletakkannya ke bahu Abu Mikhnaf.








ruangan ini adalah sekdar perkongsian tentang kitab2 sirah yg kita boleh baca...........untuk kita lebih memahami..menghayati sirah nabawiyah


Sunday 5 February 2012

Pertanyaan imam al ghazali kepada anak muridnya

Suatu hari, Imam al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.


Imam al-Ghazali bertanya (pertama): “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?” Murid-muridnya ada yang memberikan jawapan orang tua, guru, teman dan kerabatnya.


Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita adalah ‘mati’. Sebab itu sudah janji Allah setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Lihat Surah Ali-Imran ayat 185).


Lalu Imam al-Ghazali meneruskan pertanyaan kedua: “Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?” Murid-muridnya ada yang menjawab China, bulan, matahari dan bintang.


Imam al-Ghazali menjelaskan semua jawapan yang mereka berikan adalah benar, tetapi yang paling benar adalah ‘masa lalu.’


Walau bagaimana hebat sekalipun kita, kita tidak boleh kembali kepada masa lalu. Oleh itu, kita perlu menjaga hari ini dan hari akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.


Lalu Imam al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan ketiga: “Apa yang paling besar di dunia ini?” Ada muridnya yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar, kata Imam al-Ghazali.


Tetapi, katanya, yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah ‘nafsu’ (sila rujuk Surah al-A’raaf ayat 179). Oleh itu, kita perlu berhati-hati dengan nafsu, jangan sampai nafsu menjerumuskan diri ke lembah neraka.


Pertanyaan keempat: “Apa yang paling berat di dunia ini?” Ada yang menjawab baja, besi dan tidak kurang yang mengatakan gajah.


Imam al-Ghazali berkata semua jawapan itu namun yang paling berat adalah ‘memegang amanah.’ (lihat Surah al-Ahzab ayat 72).


Tumbuhan, haiwan, gunung malah malaikat juga semuanya tidak mampu ketika Allah ta'ala meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini.


Bagaimanpun, manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah sehingga ramai manusia masuk ke neraka kerana tidak dapat memegang amanahnya.


Pertanyaan yang kelima: “Apa yang paling ringan di dunia ini?” Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan dedaun. Semua itu benar, kata Imam al-Ghazali, tetapi yang paling ringan di dunia ini ialah ‘meninggalkan solat.’


Gara-gara keletihan dengan tugasan seharian kita meninggalkan solat. Pertanyaan keenam ialah: “Apakah yang paling tajam di dunia ini?” Murid-muridnya menjawab dengan serentak iaitu pedang.


Benar kata Imam al-Ghazali, tetapi menurutnya yang paling tajam ialah ‘lidah manusia.’ Ini kerana melalui lidah manusia dengan mudah menyakiti hati dan melukai perasaan rakan sendiri.


Jangan kita jadi manusia yang lupa daratan walaupun sebenarnya memang kita hidup di atas darat.



Saturday 4 February 2012

Cara membuktikan cinta kita kepada nabi Muhammad s.a.w



DIkirim oleh epondok di Februari 14, 2011

Setelah nyata kepada kita kewajipan menyintai dan mengasihi Nabi Muhammad SAW berdasarkan dalil-dalil naqli dan aqli yang jelas, marilah pula kita cuba membincangkan tanda dan bukti kasih dan kecintaan seseorang terhadap baginda . Deklarasi cinta yang tidak disusuli dengan pembuktian amali tentu sahaja masih belum mencukupi untuk membentuk cinta sejati.Bukti yang paling mudah dilihat, seseorang yang benar-benar mengasihi kekasihnya, akan mengutamakan insan yang dikasihinya daripada dirinya sendiri dan kehendak peribadinya. Jika tidak mencapai tahap ini hubungan tersebut belum layak dinamakan kasih sejati yang ikhlas-murni, tetapi baru sekadar dakwaan semata-mata.
Keutamaan mentaati dan mengutamakan orang yang dikasihi ini jelas dapat dilihat dalam ungkapan seorang pencinta Allah SWT dan NabiNya SAW yang tidak asing lagi, Rabi’ah al Adawiyyah dalam syairnya: “Sesungguhnya seorang kekasih itu akan taat-patuh kepada yang dikasihinya.”
Selain memiliki semangat di atas, orang-orang yang benar-benar mengasihi Nabi SAW harus terdapat pada dirinya bukti dan tanda berikut:
1. Menjunjung agama Nabinya, mengamalkan Sunnahnya, menurut perkataan dan perbuatannya dalam setiap keadaan, melaksanakan suruhannya dan menjauhi larangannya. Dia juga mengamalkan adab-adab kehidupan Rasulullah SAW dalam segala keadaan, sama ada ketika susah atau pun senang, ketika gembira atau pun sedih. Ikatan antara ‘kasih’ dan ‘taat’ ini terlihat jelas dalam firman Allah SWT: “Katakanlah (wahai Muhammad), “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah akan mengasihi kamu.” (ali ‘Imran: 31)
Namun semangat semata-mata tidak memadai jika tidak berpaksikan di atas ilmu yang kukuh. Lebih-lebih lagi pada zaman fitnah ini, kegagalan seseorang itu mengenal mana satu Sunnah dan bidaah akan memungkinkan terjebak ke dalam lubuk bidaah yang dianggap sebagai Sunnah. Akhirnya Sunnah dipinggirkan dan bidaah ditegakkan.
Orang yang tersemat di dalam hatinya kasih yang sejati terhadap Rasulullah SAW juga, tidak akan mempedulikan kemarahan manusia lain dalam usahanya mentaati Allah SWT dan Rasul SAW.
2. Sudah menjadi adat dan lumrah berkasih, seorang kekasih akan sering menyebut dan mengingati kekasihnya. Justeru, apabila hati seseorang itu telah mengisytiharkan kecintaan terhadap Rasulullah SAW, maka lidahnya akan sering menyebut nama Kekasihnya SAW dan kotak fikirannya akan sentiasa mengingati Baginda SAW.
Selaku umat Muhammad SAW, kita amat bertuah kerana telah diajar berselawat ke atas kekasih kita Nabi Muhammad SAW sebagai salah satu bentuk ibadah dan taqarrub kepada Allah SWT. Maka kita beruntung kerana dapat beribadah dengan menyebut, memuji dan berselawat kepada insan yang paling kita cintai dengan membaca ayat-ayat al-Quran yang memuji Nabi SAW serta lafaz selawat yang diajar sendiri oleh Baginda SAW.
Kita juga dididik oleh Nabi SAW dan ulama pewaris Baginda SAW menghormati hari dan bulan kebesaran Islam seperti Maulid al-Rasul SAW dan Isra’ Mikraj dengan mengisinya dengan pelbagai amalan yang kesemuanya ada kaitan dengan Nabi SAW dalam kerangka ubudiah kepada Allah SWT. Walaupun ada segelintir di kalangan orang Islam sendiri mencurigai bacaan dan amalan-amalan ini.
Menghayati dan memperjuangkan agama seiring dengan berkasih-sayang dengan Nabi SAW dirasakan begitu indah dan menyegarkan. Sebaliknya tanpa dimensi ini, menghayati agama boleh terasa gersang dan membebankan serta cenderung membentuk jiwa keagamaan yang keras dan kasar.
3. Orang yang mengasihi Nabi SAW akan sentiasa berasa rindu untuk bertemu dengan Baginda SAW; untuk melihat zatnya di alam yang kekal abadi kelak, atau sekurang-kurangnya jika dapat menatap kelibat wajahnya yang mulia barang seketika dalam mimpi-mimpi mereka. Sudah pasti setiap kekasih sangat merindui untuk bersua dan menatap wajah kekasihnya.
Kerinduan sebeginilah yang dapat kita rasakan jika kita menyorot kehidupan generasi sahabat. Misalnya, kita dapat turut berkongsi keriangan dan kegembiraan Abu Musa al Asy’ari r.a dan rombongan kaumnya dari Yaman yang berkunjung ke Madinah.
Mereka mempercepatkan langkah dan begitu girang untuk menemui Rasulullah sambil mendendangkan syair kegembiraan: “Esok kita akan bertemu dengan para kekasih kita, Muhammad dan sahabat-sahabatnya!” Setibanya mereka di Madinah dan Masjid Nabi, mereka terus menghadap dan memuliakan Nabi SAW. (riwayat Al-Baihaqi)
4. Seseorang yang mengasihi Baginda SAW juga akan membesarkan diri dan suruhan Baginda termasuk memuliakannya ketika menyebut namanya. Malah ada yang sehingga menunjukkan rasa rendah dan hina diri ketika mendengar nama Baginda SAW disebut di hadapan mereka.
Berkata Ishaq al-Tujibi r.a, sahabat-sahabat Nabi SAW selepas kewafatan Baginda SAW tidak akan menyebut nama Baginda SAW melainkan mereka akan merendahkan diri dan menggigil serta menangis kerana diselubungi perasaan rindu yang dalam akibat berpisah dengannya.
Hal ini sangat berbeza dengan sesetengah mereka yang mengaku sebagai ahli agama pada zaman kita yang tidak mahu membesarkan dan menobatkan keistimewaan Nabi Muhammad SAW tetapi hanya menumpukan kepada risalahnya dan sunnah yang dibawa olehnya. Seolah-olah Nabi SAW hanyalah berperanan seumpama posmen penghantar surat atau orang suruhan bawahan!
Sedangkan apabila seseorang makhluk itu mempunyai sifat-sifat istimewa tersebut, maka sifat-sifat itu hanya sekadar yang bersesuaian dengan kemanusiaannya yang diciptakan terbatas dan diperolehi dengan izin, kurniaan dan kehendak-Nya.
Mengasihi Nabi SAW
Ada juga sesetengah mereka yang menolak penggunaan gelaran Sayyidina bagi Nabi SAW sedangkan Nabi SAW lebih daripada layak mendapat gelaran tersebut tetapi dalam masa yang sama mereka bebas menggunakan pelbagai gelaran dalam kehidupan mereka.
5. Orang yang mengasihi Nabi SAW juga sepatutnya akan mengasihi orang yang dikasihi oleh Nabi SAW terutamanya nasab keturunannya dari kalangan ahli-ahli bait dan sahabat-sahabatnya yang terdiri daripada kaum Muhajirin dan Ansar.
Mereka juga akan memusuhi orang yang memusuhi mereka dan membenci orang yang membenci mereka dan keturunan mereka.
Hakikatnya, sesiapa yang mengasihi seseorang, dia akan mengasihi semua perkara yang disukai oleh orang yang dikasihinya.
Ini ialah sirah para Salaf al-Salih; mereka akan mengasihi segala yang dikasihi oleh Rasulullah SAW sehinggakan terhadap perkara-perkara yang sekadar diharuskan dan digemari oleh nafsu (yang tidak diharamkan oleh syarak).
Anas ibn Malik r.a misalnya, setelah melihat Rasulullah SAW mencari-cari labu di dalam dulang ketika sedang menikmati makanan, maka semenjak hari itu dia turut sentiasa suka kepada labu.
6. Orang yang mengasihi Nabi SAW akan membenci apa yang dibenci oleh Allah dan Rasul-Nya, menjauhi orang yang menyalahi Sunnahnya, melakukan perkara bidaah dalam agamanya dan memandang berat setiap perkara yang bercanggah dengan syariatnya.
Allah SWT menjelaskan: Engkau tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, tergamak berkasih mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. (al-Mujadalah: 22)
“Mereka” yang dimaksudkan di dalam ayat di atas ialah para sahabat Baginda SAW yang telah membunuh orang yang mereka kasihi dan juga bapa-bapa mereka yang ingkar dan kafir semata-mata mengharapkan keredaan Allah. Ibnu Abbas RA menyatakan, di antara sahabat Baginda SAW yang dimaksudkan di dalam ayat itu ialah Abu Ubaidah al-Jarrah.
Beliau sanggup membunuh bapanya dalam peperangan Uhud manakala Saidina Abu Bakar r.a sanggup berlawan satu lawan satu dengan anaknya sebelum memulakan peperangan Badar, tetapi dihalang oleh Rasulullah SAW. Inilah antara bukti cinta yang tidak berbelah-bagi terhadap Baginda SAW.
7. Orang yang benar-benar mencintai Nabi SAW juga pasti akan kasih terhadap al-Quran yang diutuskan kepada Rasulullah SAW yang dengannya manusia mendapat petunjuk. Mereka akan mengikut jejak Baginda SAW yang menjiwai al-Quran dan berakhlak dengannya seperti yang ditegaskan oleh Ummul Mukminin, Aisyah r.ha dalam katanya, “Akhlak Baginda SAW adalah al- Quran itu sendiri”.
Mengasihi al-Quran bererti membacanya, beramal dengannya, memahaminya, menjunjung suruhan dan meninggalkan larangannya.
8. Tanda kasih terhadap Nabi SAW juga ialah berasa kasih dan belas terhadap umatnya dengan memberi nasihat kepada mereka, berusaha melakukan kebaikan dan menghapuskan kemudaratan daripada mereka.
Inilah sebahagian daripada bukti dan tanda yang harus ada pada para pencinta Nabi SAW. Oleh itu marilah kita bersama-sama memuhasabah diri, adakah kita ini pencinta sejati atau pendakwa semata-mata?
Tepuk dada, tanyalah iman. Semoga Allah SWT mengurniakan kita semua kesempurnaan kecintaan kepada Rasulullah SAW!
Oleh Panel Penyelidikan, Yayasan Sofa Negeri Sembilan

Salam maulidur Rasul

betapa besar kecintaan Rasulullah kepada


 kita..


apakah kita mengerti dan merasakannya.??



namun..sejauh mana cinta kita



kepadanya..??


sejauh mana kita buat apa yg 


Rasulullah suruh..??

airmata Rasulullah mengalir memikirkan kita.


air mata bagaimana.?


berapa banyak yg sudah mengalir disebabkan





 kerinduan padanya?






renung2kanlah.
wahai pemuda-pemudi sekalian
bimbinglah  hatimu kpda keredhaan Tuhanmu
bimbinglah hatimu laksana apa yg Rasulullah ajarkan..
bimbinglah hatimu agar cinta pada ALLAH dan Rasulullah......

Sabda Nabi s.a.w : “Barangsiapa berselawat ke atasku satu kali nescaya Allah Ta’ala berselawat ke atasnya 10 kali. Barangsiapa berselawat ke atasku 10 kali, nescaya Allah berselawat ke atasnya 100 kali.Barangsiapa berselawat ke atasku 100 kali, nescaya Allah berselawat ke atasnya 1000 kali. Barangsiapa berselawat ke atasku 1000 kali, nescaya ia tidak disentuh api Neraka”.

jom berselawat

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ







Friday 3 February 2012

tanda2 org itu zalimi diri sendiri......





assalamu'alaikum..
kembali bersua dalam ruangan ini.
artikel utk kali ini adalah hasil drpd kuliah pada 3 feb 2012 di masjid ar rahimah ..
oleh al fadhil ustaz ismail kamus..


sudah lama tidak mendengar kuliah beliau..
ustaz memulakan dgn mengajak semua selalu berdoa agar ALLAH ampunkan kita atas dosa2 kita yg zalimi diri kita sendiri..
inilah doa yang diajarkan dalam al-quran..



"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, & kalau Engkau tidak mengampunkan kami & memberi rahmat kpd kami, nescaya menjadilah kami dr orang2 yg rugi".




ilmu itu penting..
tuntut 1 bab dr ilmu itu lebih baik drpd 1000 solat sunat..


luqman al -hakim pesan pada anaknya..
walau di mana kamu pergi....lalu ada majlis yg menyebut nama ALLAH.
SINGGAHLAH..


1 jenaka yg ustaz cerita kan pada mlm itu..
perokok ada 3 kelebihan..
1) tdk beruban..mengapa?/..kerana tdk sempat tua ..sebab mati cepat
2) anjing takut nk dekat...kerana bila da tua sakit..pakai tongkat..anjing dtg...dia ada tongkat
3) pencuri takut masuk rumah..sebab bila mlm2..dia batuk2..


Terdapat 10 perkara yang disebutkan oleh Sheikh Sufyan Ats-Tsauri iaitu : 



1) Seseorang yang hanya mendoakan untuk dirinya sendiri sahaja


doakanlah ibu bapa kita..ahli keluarga kita...sahabat2 kita.muslimin muslimat..tdk kira yg masih hidup ataupun yg telah meninggal dunia

2) Orang yang pandai membaca Al-Quran tapi tidak mengajarkannya kepada orang lain dan tidak membacanya tiap-tiap hari


bacalah al-quran paling kurang 1 ayat sehari.
kerana ia akan beri syafaat kepada kita pada hari kiamat.
3) Orang yang masuk ke dalam masjid tanpa solat dua rakaat
buat perkara sunat..dpt tampung kekurangan dalam amalan wajib
bila kita tinggal.betapa ruginya.

4) Orang yang melintas kawasan perkuburan tetapi tidak  memberi salam kepada penghuni kubur


kita jangan takut pada mati..takutlah persiapan kita tdk cukup.
kita tdk boleh lari pun dr mati..
dan dipesan..kita jangan lari drpd perkara yg kita tdk boleh lari.

5) Orang yang tiba di sesuatu tempat tetapi dia tidak solat Jumaat bersama-sama dengan ahli di tempat tersebut

6) Apabila ada alim ulamak yang datang ke tempat kamu dan kamu mengetahuinya, maka zalimlah bagi orang yang tidak hadir ke majlid ilmu itu 

7) Zalimlah sekiranya dua orang yang bertemu tetapi tidak mengetahui nama masing-masing

8) Zalimlah sekiranya seseorang dijemput ke majlis tertentu tetapi tidak menghadirinya melainkan kerana uzur syar'i

9) Zalimlah orang menganggur tetapi dia tidak mencari ilmu


10) Zalimlah seseorang itu apabila dia kenyang sedangkan jirannya lapar


apakah kita ini termasuk dlm golongan yg dsebutkan??
apakh kita ini zalim paDA DIRI sendri..??


renung2kanlah