Saturday 28 April 2012

Bijak mengurus masa



Alangkah indahnya bait-baik kata as-syahid imam hasan al banna yang berkata :
“Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada, oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya,”
                    Kepada setiap pendakwah atau seorang Islam yang sejati, masanya sangat penting. Mereka harus waspada selalu dengan penggunaan masa. Masa yang tidak digunakan dengan teliti akan menyebabkan kita akan menyesal tanpa kesudahan.
                    Ini kerana, masa yang sudah terlepas itu tidak boleh diganti lagi. Pepatah Melayu ada menyatakan, patah tumbuh hilang berganti. Tetapi, bidalan itu merujuk kepada seseorang pemimpin yang telah mati atau barang hilang yang mungkin boleh ditemukan semula atau sesuatu yang hilang dan boleh digantikan semula.
                  Yang tak boleh digantikan semula ialah waktu, saat, detik, dan masa. Oleh kerana masa ini sangat penting, maka setiap bangsa punya peraturan, falsafah dan pepatah yang lengkap tentang kepenggunaan waktu. Antara bangsa Asia, kita selalu mendengar bahawa bangsa Jepun menghargai waktu.
                 Bagaimanapun mereka maju di dunia kerana falsafah penggunaan masa itu hanya sekadar untuk memenuhi keperluan di dunia. Sedangkan, Islam menyeru umatnya agar mengguna masanya guna memenuhi keperluan di dunia dan kebutuhan di akhirat.
                 Pepatah Melayu menyebutkan bahawa masa itu emas. Malah emas, perak dan intan berlian sekali pun belum dapat menandingi harga masa. Kalau emas itu hilang, maka emas itu boleh dicari semula atau pun diganti dengan wang, tanah atau apa-apa pun yang ada harganya. Itulah kayu ukur yang menandakan masa itu sangat berharga.Iaitu, jika masa telah berlalu, maka tiada suatu kuasa apa pun yang dapat menggantikannya atau mengembalikannya. Tapi, jika emas hilang, nescaya ada seribu satu jalan, kuasa yang dapat berikhtiar menggantikannya.


                        Waktu tidak boleh dicipta, malah alam ini tercipta oleh peredaran waktu. Tuhan menyebut bahawa alam ini tercipta dalam enam masa. Masa cuma boleh dinamakan, dipenggal, dipecahkan, dipotong sebagai hari, minggu bulan serta dinamakan Ahad, Isnin dan sebagainya. Jika ada keperluan untuk amalan rohani gelap, maka ia dinamakan Keliwon mengikut lidah Jawa.
                       Masa itu tidak boleh direkabentuk seperti benda-benda yang boleh dipegang. Setiap yang boleh dipegang boleh dipatahkan dengan benda lain. Pokok yang dipatahkan rantingnya boleh tumbuh semula. Kerana itu, manusia boleh berkata, yang patah itu boleh tumbuh dan yang hilang boleh berganti. Ini kerana, patah dan tumbuh itu sifat benda dan bukan sifat masa.
                      Malah, masa itu boleh mengancam manusia. Saidina Ali berkata, “Masa itu umpama pedang. jika kamu tidak ‘memenggalnya’, nescaya ia akan ‘memenggal’ lehermu.”
                      Sebenarnya yang menyebabkan masa itu berharga ialah disebabkan adanya kerja, tugas, amanah yang perlu disiapkan semasa waktu itu sedang berjalan.
                      Demikanlah pentingnya pendakwah hebat dan bijak dalam pengurusan masanya dalam memastikan pembangunan sentiasa berjalan dengan konsisten.Kita dapat lihat bagaimana Negara Jepun yang mana menjadikan kehebatan mengatur masa sebagai senjata dalam pembangunan di Negara mereka.
ALLAH s.w.t telah bersumpah atas masa dalam firman-Nya :
وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣)
"Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan, orang yang beriman, dan beramal soleh. Dan (mereka yang) mengajak ke arah kebenaran dan mengajak dengan sabar."
(surah al-asr : 1-3 )


                       Bila mana pendakwah bijak mengurus masa,bijak mengurus/mencatur proses pembangunan manusia dengan menggunakan sepenuhnya masa yang ada,di sana akan wujud satu kesan pembangunan yang jelas dan kita boleh lihat.
                       Pesanan Imam Ibnul Jauzi mengungkap dalam sebuah risalah yang diberi nama laftatul Kabid Nashithatil Walad yang berisi nasihat kepada putera beliau supaya sentiasa menjaga waktu.Beliau berkata , “ ketahuilah wahai anakku,hari-hari itu dibentangkan menjadi kumpulan jam.Jam dibentangkan menjadi kumpulan nafas ibarat almari .Waspadalah supaya desah nafas itu tidak berlalu tanpa faedah dan manfaat.”
Begitulah pesanannya kepada anaknya dalam membangunkan diri anaknya.
                  Secara jujurnya bagi penulis ini,pendakwah itu sama sekali tidak akan dapat membangunkan manusia dengan pembangunan yang efektif dan pembangunan yang sebenar-benarnya andai kata dirinya tidak mampu mengurus masa,tidak mampu mengatur hidup.
Di antara pendorong kepada pendakwah dalam menghargai masa.mengatur masa ialah kisah ulama dengan masa :
1)      Kedukaan Fakrurrazi : Hilangnya wkatu penting kerana makan
·         Dalam kitab uyunul Anba’ fi Thabaqatil Athibba karya seorang doctor juga ahli sejarah,Ibnu Abi Ushaibiah apabila disebutkan tentang biografi Imam Fakhruddin Ar-razi,seorang ahli tafsir,ahli fekah serta ahli ilmu kalam ,yang lahir pada tahun 543 H dan wafat tahun 606 H.Dia meninggal dunia dalam umur 63 tahun.Disebutkan dalam biografinya,sebuah ungkapan Ibnu Abi Usaibiah,Al-qadi Syamsuddin Al-Khu’I menceritakan kepada kami dari Syeikh Fakhruddin ,bahawa dia berkata :
“ demi ALLAH ,saya benar-benar berduka kerana hilangnya waktu yang saya gunakan untuk makan,yang mestinya boleh dipakai untuk menggeluti ilmu.Kerana ,sesungguhnya waktu itu amat berharga nilainya.”








2)      Tahanlah Matahari
·         Disebutkan sebuah riwayat dari Amir bin Abdi Qais .seorang Tabiin yang zuhud,ada seorang lelaki berkata kepadanya , “berbincang-bincanglah denganku.” Amir bin Abdi Qais menjawab, “ tahanlah matahari .”
Maksudnya , “ cuba hentikan putaran matahari ,jangan biarkan ia berputar ,baru aku akan berbincang-berbincang denganmu kerana sesungguhnya waktu ini sentiasa bergerak ke hadapan dan setelah berlalu ia tidak akan kembali lagi.Kerugian akibat tidak memanfaatkan waktu adalah jenis kerugian yang tidak dapat diganti.Setiap waktu memerlukan  amal perbuatan sebagai isinya.”

3)      Sebuah kata-kata Ibnu Mas’ud yang memanah hati-hati pendakwah yang tidak tahu menghargai masa dan tidak menggunakan masa dengan sebaik-baiknya :
“ aku belum pernah menyesali sesuatu seperti aku menyesali tenggelamnya matahari ,di mana usiaku berkurang ,namun amal perbuatanku juga tidak bertambah”

4)      Imam Ibnul Jauzi berkata :
“ saya melihat manusia terdorong membuang masa secara kejam.Apabila larut malam,kerjanya bercakap sahaja tanpa manfaat.Atau sekadar membaca buku yang isinya jenaka dan perkara sia-sia sahaja.Pada waktu siang ,kerjanya hanya tidur .Petang hari.mereka berada di pasar ,pusat membeli belah atau d pinggir sungai.Ibnul Jauzi sendiri hidup di Baghdad.Saya menyamar dan menyertai mereka dengan orang yang berbual di sebuah perahu besar yang sedang berlayar,sementara mereka tidak memiliki pengalaman apa-apa,saya juga melihat orang-orang yang sangat memahami makna hidup.Mereka sentiasa menyediakan bekalan dan bersiap melakukan perjalanan.Selagi usia masih ada,lakukan segera sebelum terlambat ,berlumbalah dengan waktu !

Menelusuri Kisah Sirah Nabawiyah


Menelusuri Kisah Sirah Nabawiyah

Sirah adalah suatu rujukan penting bagi pendakwah dalam menjalankan usaha dakwah.Terutamanya,sirah Nabi Muhammad s.a.w.yang merupakan insane kamil dan pendakwah  terulung sepanjang zaman.Ini kerana dalam sirah nabawi itu terkandung perjalanan dakwah dan teknik penyebaran Islam secara tepat dan efisien.Ia mempunyai makna langkah berencana yang diterapkan Rasulullah s.a.w.semenjak baginda diutus sebagai rasul sehingga kewafatannya.
Firman ALLAH :
للَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٌ۬ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأَخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرً۬ا (٢١)Sesungguhnya pada diri Rasulullah ada teladan yang baik bagimu, yaitu bagi orang yang mengharap Allah dan hari akhir serta banyak berdzikir kepada Allah.” (Al-Ahzab: 21)
As-syeikh Mustafa Masyhur berkata di dalam bukunya Bekalan Dalam Jalan dakwah :
“Sesungguhnya pendakwah kepada ALLAH akan menemui sebaik-baik bekalan untuk melalui jalan dakwah menerusi sirah Rasulullah s.a.w..Ia berdasarkan kepada beberapa sebab : Sesungguhnya jalan dakwah yang kita lalui merupakan jalan yang sama yang pernah dilalui oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya sebelum ini.Sebab kedua,kerana kita sedang berada di fasa yang hampir serupa dengan fasa pertama dakwah Rasulullah s.a.w ..Islam kembali asing sedangkan jahiliah kembali mengancam masyarakat.Pendakwah kepada ALLAH ditekan,diseksa dan dianiaya.Musuh-musuh ALLAH memerhati dan melakukan konspirasi,.Ia memperkukuhkan lagi alasan kita mengapaa kita mesti mengambil bekalan daripada sirah Rasuluillah s.a.w. dan segala peristiwa yang ada situasi yang ada di dalamnya.Apatah lagi ,Rasulullah s.a.w. merupakan sebaik-baik teladan buat kita “
                    Kita dapat lihat antara initipati yang dikatakan oleh as-syeikh Mustafa masyhur ialah kita akan mendapatkan bekalan yang sebenar-benar bekalan dalam mengharungi jalan dakwah dan dalam membangunkan manusia dalam segala aspek yang mana Islam telah gariskan.



              Sesungguhnya antara bekalan utama dan penting yang boleh diambil daripada sirah adalah penyediaan kejiwaan dan bekalan rohani .Pendakwah memerlukan bekalan ini di sepanjang jalan dakwah.kerana ia merupakan sebaik-baik pembantu dalam melaksanakan tuntutan dakwah dan berguna untuk mengatasi halangan dan kesukaran.Bukan itu sahaja ,ia juga membantu supaya berwaspada terhadap selekoh tajam dan penyelewengan.
Kita boleh lihat bagaimana arahan ALLAH s.w.t agar Rasululllah s.a.w melakukan qiamullail yang disebutkan dalam firman-Nya dalam surah al-muzzammil  ayat 1-5 :
                                                                                                                                   
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡمُزَّمِّلُ (١) قُمِ ٱلَّيۡلَ إِلَّا قَلِيلاً۬ (٢) نِّصۡفَهُ ۥۤ أَوِ ٱنقُصۡ مِنۡهُ قَلِيلاً (٣) أَوۡ زِدۡ عَلَيۡهِ وَرَتِّلِ ٱلۡقُرۡءَانَ تَرۡتِيلاً (٤) إِنَّا سَنُلۡقِى عَلَيۡكَ قَوۡلاً۬ ثَقِيلاً (٥)
Wahai orang yang berselimut!. (1) Bangunlah sembahyang Tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), (2) Iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu, (3) Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil". (4)(Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya). (5)
(surah al-muzzammil : 1-5 )
                Oleh itu.bertaqarrub dan memperbaiki hubungan dengan-Nya merupakan sebaik-baik bekalan di sepanjang jalan dakwah.






                       Setiap kali kita membaca mengenai rintangan dan penyeksaan yang dihadapi oleh Rasulullah s.a.w. .kita dapati Baginda s.a.w tetap sabar memikul tanggungjawab dakwah.Bahkan kita dapati Baginda s.a.w. amat komited agar hidaya sampai kepada kaumnya.Lantaran itu,kita boleh mengambil bekalan dan kekuatan untuk meneruskan perjalananan dakwah(pembangunan manusia ke arah pembangunan yang diredhai ALLAH) dan bersedia menanggung segala bentuk kesakitan.
                      Lihatlah wahai saudaraku kepada kesan yang mendalam dalam diri-diri kita terhadap pendirian agung Rasulullah s.a.w.. dan kata-kata abadi Baginda ketika ditawarkan dengan berbagai tawaran ,jawatan raja ,harta dan ketuanan.
“Wahai bapa saudaraku! Demi Allah, sekalipun mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku supaya aku menghentikan tugas agama ini sehingga Allah memenangkannya atau aku sendiri hancur, aku tidak akan meninggalkan tugas ini.”
Kata-kata di atas menunjukkan penentangan terhadap kebatilan dan memandang remeh segala mata benda dunia.
Sesungguhnya di dalam sirah ini adalah bekalan yang seharusnya dan sewajibnya ada dalam diri pendakwah untuk memastikan pendakwah berada dalam landasan dakwah yang asli dan akan buatkan pendakwah berdiri kukuh di jalan dakwah
                         Antara sebab lain mengapa pendakwah seharusnya menelusuri sirah adalah kerana di sana ada mengajar kita betapa pentingnya akhlak pendakwah dalam pembangunan manusia.Kita boleh lihat bagaimana Rasulullah s.a.w. dan seorang pengemis yahudi  :







“ Di sudut pasar Madinah al-munawarah ada seorang pengemis yahudi buta .Setiap orang yang menghampirinya akan diingatkan oleh si buta itu dengan kata-kata : ‘wahai saudara-saudari,jangan dekati Muhammad ,dia itu orang gila,dia itu pembohing,dia itu tukang sihir,apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya.Namun setiap pagi Rasulullah s.a.w mendatanginya dengan membawa makanan dan tanpa berkata sepatah kata pun baginda menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang bernama Muhammad.Rasulullah s.a.w melakukannnya hingga kewafatan baginda,Setelah kewafatan baginda,tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis yahudi itu.Suatu hari Abu bakar berkunjung ke rumah anaknya Aisyah .Beliau bertanya kepada anaknya ,”anakku,adakah sunnah kekasihu(Muhammad) yang belum aku kerjakan .?” Aisyah menjawab ,wahai ayahanda ,engkau adalah ahli sunnah,hampir tiada satu sunnnah pun yang belum ayahanda kerjakan kecuali satu sunnah lalu Aisyah pun sebutkan bahawa setiap pagi Rasulullah s.a.w selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana.Pada keesokan harinya Abu bakar pergi ke pasar dengan membawa makanan lalu wujudlah satu dialog bila mana pengemis itu merasakan Abu bakar bukanlah orang yang biasa membawakannya makanan lalu si pengemis buta itu berkata , “ apabil dia(Rasulullah) dating kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah.Orang yang biasa mendatangiku tidak selalu menyuapiku dengan lembut .Abu bakar tidak dapat menahan air matanya.Dia terus berkata ‘aku memang bukan orang yang biasa datang padamu,aku adalah salah seorang sahabatnya ,orang yang mulia itu telah tiada.Dia adalah Nabi Muhammad s.a.w’.Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar ,pengemis yahudi buta itu akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar, ”

Saturday 14 April 2012

TRAGEDI PEMBANGUNAN YANG PINCANG ( DALAM BUKU DAKWAH DAN PEMBANGUNAN M.NATSIR)


di akhir tahun 1971,di kota Paris berlangsung satu persidangan yang diadakan oleh PBB 
nama persidangan itu PERSIDANGAN PARA PENDIDIK UNESCO.
MAKA ,berkumpullah di situ sarjana2 ahli pendidik,profesor2 dari bermacam2 universiti di dunia .
ada profesor2 wkil dari AMerika ,Eropah ,Asia ,dari negeri2 yang sudah maju dan negeri2 yang belum maju seperti Indonesia.

Di antara yang menarik perhatian dalalm persidangan itu ialah ucapan salah seorang pembicara dari tempat pendidikan yang termasyhur di Amerika yang bernama Massachussets Institute of technology (M.I.T) ,katanya...:

"....BANGSA AMERIKA SEKARANG INI MENGHADAPI SALAH SATU BAHAYA KEHANCURAN.JADI KALAULAH NEGARA2 YANG BELUM BERKEMBANG MENCONTOHI DENGAN BUTA TULI APA YANG KAMI KERJAKAN,MAKA MEREKA PUN AKAN TERANCAM PULA OLEH BAHAYA YANG KAMI HADAPI SEKARANG"

ancaman apakah kiranya yang dimaksudkan oleh PROFESOR TERSEBUT..??

yang dimaksudkan itu ialah KEHANCURAN MORAL..
MORAL(AKHLAK) TIDAK DAPAT DIBINA DENGAN MEMBANGUN KAPAL TERBANG YANG SAMPAI KE BULAN (BOLEH ULANG ALIK)..

......LALU APAKAH YANG KITA DAPAT FAHAM DARIPADA KATA-KATA BELIAU..?

TIADALAH PEMBANGUNAN YANG SEBENAR-SEBENARNYA YANG DAPAT MEMBANGUNKAN SEGALA ASPEK ROHANI JASMANI ,EMOSI DAN INTELEK MELAINKAN DENGAN PEMBANGUNAN YANG DITUNJUKKAN DAN DIAJARKAN OLEH RASULULLAH S.A.W..


Monday 9 April 2012

tanda-tanda cinta yang disebutkan dalam tulisan ibnu qayyim



Tanda-tanda cinta

  • Menghunjamkan pandangan mata
  •     Malu-malu jika orang yang dicintai memandangnya
  •    Banyak mengingat orang yang dicintai,membicarakan da menyebut namanya
  •   Tunduk kepada perintah orang yang dicintai dan mendahulukannya  daripada kepentingan diri sendiri
  •   Orang yang mencintai bersabar menghadapi gangguan orang yang dicintai
  •   Memperhatikan perkataan orang yang dicintai dan mendengarkannya
  •   Mencintai tempat dan rumah sang kekasih
  •    Segera menghampiri yang dicintai
  •  Mencintai apapun yang dicintai sang kekasih
  •   Jalan yang dilalui terasa pendek sekalipun panjang saat mengunjungi orang yang dicintai
  •   Salah tingkah jika sedang mengunjungi orang yang dicintai atau sedang dikunjungi orang yang dicintai
  •    Kaget dan gemetar taktala berhadapan dengan orang yang dicintai atau taktla mendengar namanya disebut
  •  Cemburu kepada orang yang dicintaii
  •  Berkorban untuk mendapatkan keredhaan orang yang dicintai
  •    Menyenangi apa pun yang menyenangkan orang yang dicintai
  •   Suka menyendiri
  •   Tunduk dan patuh kepada orang yang dicintai
  •   Helaan nafas yang panjang dan lebih kerap
  •  Menghindari hal-hal yang merenggangka hubungan dengan orang yang dicintainya dan membuatkan marah
  •   Adapun kecocokan antara orang yang mencintai dan yang dicintai

P        PERSOALANNYA :
         ADAKAH DIRI KITA SUDAHKAH KITA MENANAMKAN CINTA KEPADA ILAHI DAN                                             CINTA KEPADA RASULULLAH DALAM HATI SANUBARI..?
S     SEKIRANYA ANDA BERKATA SUDAH..
          APAKAH BUKTINYA,,? ANDAI DIRIMU TERLENA DENGAN DUNIA INI...
                   APAKAH BENAR CINTAMU ITU.?? ATAU SEKADAR KATA-KATA MANIS DI BIBIR
     

Sunday 8 April 2012

pesanan syeikh ahmad yassin

Berikut adalah kata-kata dan pernyataan Syeikh Ahmad Yassin yang saya nukil dari sebuah majalah Hidayatullah, semoga menjadi suatu bahan perenungan buat kita semua..masih banyak saudara kita di belahan bumi ini terpenjara dalam negerinya sendiri….

Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati (lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggemparkan semua tempat dengan suaraku (yang perlahan ini).
Aku tidsk msmpu kemana-mana tempat untuk memenuhi hajatku kecuali mereka menggerakkan (kursi roda).
Aku, yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku, yang di serang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan.
Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu, wahai bangsa Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian semua telah mati binasa.
Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan karena Allah. Tiada satu Kaum pun (dikalangan kalian) yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengobarkan perang antar bangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang dianiaya dan dizalimi kepada pembunuh dan pembantai yang ganas. (Tidak adakah yang mau bangkit menentang musuh-musuh) yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menhukum kami.
Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara-negara ummat ini membiarkan penjajah Zionis dan sekutu antarbangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat airmata kami dan meringankan beban kami.
Adakah kekuatan-kekuatan umat ini, pasukan tentaranya, partai-partainya, badan-badanya, dan tokoh-tokohnya tidak mau marah karena Allah denga kemarahan sebanarnya lalu mereka keluar beramai-ramai menyerukannya, “Ya Allah, perkuatkan saudar-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan, kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah dan ditindas dan bantulah hamba-hambaMu yang beriman!”
Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri denga tertulis di dahi kami bahwa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang (dalam keadaan melarikan diri) dan akan mati bersama-sama kami, anak-anak kami, wanita-wanita, orang-orang tua, dan pemuda-pemuda.
Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu buat ummat yang diam dalam kebodohan! Jangankan kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih karena kami telah belajar bahwa kami akan tetap mati walau kami berbuat demikian (menyerah). Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahid.
Jika kalian mau, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul di bahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukum siapa saja yang lalai menunaikan kewajiban yang diamanahkan.
Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin-pemimpin ummat ini, wahai bangsa ummat ini.

Saturday 7 April 2012

MUWASAFAT TARBIYAH


MUWASAFAT TARBIYAH

1. Salimul Aqidah
Aqidah yang bersih (salimul aqidah) merupakan sesuatu yang harus ada pada setiap muslim. Dengan aqidah yang bersih, seorang muslim akan memiliki ikatan yang kuat kepada Allah Swt dan dengan ikatan yang kuat itu dia tidak akan menyimpang dari jalan dan ketentuan- ketentuan-Nya. Dengan kebersihan dan kemantapan aqidah, seorang muslim akan menyerahkan segala perbuatannya kepada Allah sebagaimana firman-Nya yang artinya: ‘Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidup dan matiku, semua bagi Allah Tuhan semesta alam’ (QS 6:162). Karena memiliki aqidah yang salim merupakan sesuatu yang amat penting, maka dalam da’wahnya kepada para sahabat di Makkah, Rasulullah Saw mengutamakan pembinaan aqidah, iman atau tauhid.
2. Shahihul Ibadah
Ibadah yang benar (shahihul ibadah) merupakan salah satu perintah Rasul Saw yang penting, dalam satu haditsnya; beliau menyatakan: ‘shalatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku shalat.’ Dari ungkapan ini maka dapat disimpulkan bahwa dalam melaksanakan setiap peribadatan haruslah merujuk kepada sunnah Rasul Saw yang berarti tidak boleh ada unsur penambahan atau pengurangan.
3. Matinul Khuluq
Akhlak yang kokoh (matinul khuluq) atau akhlak yang mulia merupakan sikap dan prilaku yang harus dimiliki oleh setkal muslim, baik dalam hubungannya kepada Allah maupun dengan makhluk-makhluk-Nya. Dengan akhlak yang mulia, manusia akan bahagia dalam hidupnya, baik di dunia apalagi di akhirat. Karena begitu penting memiliki akhlak yang mulia bagi umat manusia, maka Rasulullah Saw diutus untuk memperbaiki akhlak dan beliau sendiri telah mencontohkan kepada kita akhlaknya yang agung sehingga diabadikan oleh Allah di dalam Al- Qur’an, Allah berfirman yang artinya: ‘Dan sesungguhnya kamu benar- benar memiliki akhlak yang agung’ (QS 68:4).
4. Qowiyyul Jismi
Kekuatan jasmani (qowiyyul jismi) merupakan salah satu sisi pribadi muslim yang harus ada. Kekuatan jasmani berarti seorang muslim memiliki daya tahan tubuh sehingga dapat melaksanakan ajaran Islam secara optimal dengan fisiknya yang kuat. Shalat, puasa, zakat dan haji merupakan amalan di dalam Islam yang harus dilaksanakan dengan fisik yang sehat atau kuat, apalagi perang di jalan Allah dan bentuk- bentuk perjuangan lainnya. Oleh karena itu, kesehatan jasmani harus mendapat perhatian seorang muslim dan pencegahan dari penyakit jauh lebih utama daripada pengobatan. Meskipun demikian, sakit tetap kita anggap sebagai sesuatu yang wajar bila hal itu kadang-kadang terjadi, dan jangan sampai seorang muslim sakit-sakitan. Karena kekuatan jasmani juga termasuk yang penting, maka Rasulullah Saw bersabda yang artinya: ‘Mu’min yang kuat lebih aku cintai daripada mu’min yang lemah’ (HR. Muslim).
5. Mutsaqqoful Fikri
Intelek dalam berpikir (mutsaqqoful fikri) merupakan salah satu sisi pribadi muslim yang penting. Karena itu salah satu sifat Rasul adalah fatonah (cerdas) dan Al-Qur’an banyak mengungkap ayat-ayat yang merangsang manusia antuk berpikir, misalnya firman Allah yang artinya: Mereka bertanya kepadamu tentang, khamar dan judi. Katakanlah: ‘pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya.’ Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: ‘Yang lebih dari keperluan.’ Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berpikir (QS 2:219). Di dalam Islam, tidak ada satupun perbuatan yang harus kita lakukan, kecuali harus dimulai dengan aktivitas berpikir. Karenanya seorang muslim harus memiliki wawasan keislaman dan keilmuan yang luas. Bisa kita bayangkan, betapa bahayanya suatu perbuatan tanpa mendapatka pertimbangan pemikiran secara matang terlebih dahulu. Oleh karena itu Allah mempertanyakan kepada kita tentang tingkatan intelektualitas seseorang sebagaimana firman-Nya yang artinya: Katakanlah:samakah orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui, sesungguhnya orang-orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran (QS 39:9).
6. Mujahadatun Linafsihi
Berjuang melawan hawa nafsu (mujahadatun linafsihi) merupakan salah satu kepribadian yang harus ada pada diri seorang muslim, karena setiap manusia memiliki kecenderungan pada yang baik dan yang buruk. Melaksanakan kecenderungan pada yang baik dan menghindari yang buruk amat menuntut adanya kesungguhan dan kesungguhan itu akan ada manakala seseorang berjuang dalam melawan hawa nafsu. Oleh karena itu hawa nafsu yang ada pada setkal diri manusia harus diupayakan tunduk pada ajaran Islam, Rasulullah Saw bersabda yang artinya: Tidak beragmana seseorang dari kamu sehingga ia menjadikan hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa (ajaran islam) (HR. Hakim).
7. Harishun ‘ala Waqtihi
Pandai menjaga waktu (harishun ala waqtihi) merupakan faktor penting bagi manusia. Hal ini karena waktu itu sendiri mendapat perhatian yang begitu besar dari Allah dan Rasul-Nya. Allah Swt banyak bersumpah di dalam Al-Qur’an dengan menyebut nama waktu seperti wal fajri, wad dhuha, wal asri, wallaili dan sebagainya. Allah Swt memberikan waktu kepada manusia dalam jumlah yang sama setiap, Yakni 24 jam sehari semalam. Dari waktu yang 24 jam itu, ada manusia yang beruntung dan tak sedikit manusia yang rugi. Karena itu tepat sebuah semboyan yang menyatakan:
‘Lebih baik kehilangan jam daripada kehilangan waktu.’ Waktu merupakan sesuatu yang cepat berlalu dan tidak akan pernah kembali lagi. Oleh karena itu setiap muslim amat dituntut untuk memanaj waktunya dengan baik, sehingga waktu dapat berlalu dengan penggunaan yang efektif, tak ada yang sia-sia. Maka diantara yang disinggung oleh Nabi Saw adalah memanfaatkan momentum lima perkara sebelum datang lima perkara, yakni waktu hidup sebelum mati, sehat sebelum sakit, muda sebelum tua, senggang sebelum sibuk dan kaya sebelum miskin.
8. Munazhzhamun fi Syu’unihi
Teratur dalam suatu urusan (munzhzhamun fi syuunihi) termasuk kepribadian seorang muslim yang ditekankan oleh Al-Qur’an maupun sunnah. Oleh karena itu dalam hukum Islam, baik yang terkait dengan masalah ubudiyah maupun muamalah harus diselesaikan dan dilaksanakan dengan baik. Ketika suatu urusan ditangani secara bersama-sama, maka diharuskan bekerjasama dengan baik sehingga Allah menjadi cinta kepadanya. Dengan kata lain, suatu udusán dikerjakan secara profesional, sehingga apapun yang dikerjakannya, profesionalisme selalu mendapat perhatian darinya. Bersungguh-sungguh, bersemangat dan berkorban, adanya kontinyuitas dan berbasih ilmu pengetahuan merupakan diantara yang mendapat perhatian secara serius dalam menunaikan tugas-tugasnya.
9. Qodirun ‘alal Kasbi
Memiliki kemampuan usaha sendiri atau yang juga disebut dengan mandiri (qodirun alal kasbi) merupakan ciri lain yang harus ada pada seorang muslim. Ini merupakan sesuatu yang amat diperlukan. Mempertahankan kebenaran dan berjuang menegakkannya baru bisa dilaksanakan manakala seseorang memiliki kemandirian, terutama dari segi ekonomi. Tak sedikit seseorang mengorbankan prinsip yang telah dianutnya karena tidak memiliki kemandirian dari segi ekonomi. Karena itu pribadi muslim tidaklah mesti miskin, seorang muslim boleh saja kaya raya bahkan memang harus kaya agar dia bisa menunaikan haji dan umroh, zakat, infaq, shadaqah, dan mempersiapkan masa depan yang baik. Oleh karena itu perintah mencari nafkah amat banyak di dalam Al-Qur’an maupun hadits dan hal itu memilik keutamaan yang sangat tinggi. Dalam kaitan menciptakan kemandirian inilah seorang muslim amat dituntut memiliki keahlian apa saja yang baik, agar dengan keahliannya itu menjadi sebab baginya mendapat rizki dari Allah Swt, karena rizki yang telah Allah sediakan harus diambil dan mengambilnya memerlukan skill atau ketrampilan.
10. Naafi’un Lighoirihi
Bermanfaat bagi orang lain (nafi’un lighoirihi) merupakan sebuah tuntutan kepada setiap muslim. Manfaat yang dimaksud tentu saja manfaat yang baik sehingga dimanapun dia berada, orang disekitarnya merasakan keberadaannya karena bermanfaat besar. Maka jangan sampai seorang muslim adanya tidak menggenapkan dan tidak adanya tirák mengganjilkan. Ini berarti setiap muslim itu harus selalu berpikir, mempersiapkan dirinya dan berupaya semaksimal untuk bisa bermanfaat dalam hal-hal tertentu sehingga jangan sampai seorang muslim itu tidak bisa mengambil peran yang baik dalam masyarakatnya. Dalam kaitan inilah, Rasulullah saw bersabda yang artinya: sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain (HR. Qudhy dari Jabir). Demikian secara umum profil seorang muslim yang disebutkan dalam Al-Qur’an dan hadits, sesuatu yang perlu kita standarisasikan pada diri kita masing-masing.