Friday 27 January 2012

sahabat2..apakah kata2mu bila mendengar rintihan ini.


Tidak ada sesuatupun yang dapat menahan pengaruh dorongan kehendak hati dan nafsu selain dari IMAN..



Riwayat kehidupan nabi yusuf ‘alaihissalam cukup menjadi bukti.

Seorang pemuda dalam masa nafsu bergelora dirayu oleh seorang 

wanita cantik yang mempunyai kedudukan tinggi.bukan sebarang wanita,melainkan isteri seorang pembesar.

Yusuf ‘alaihissalam tinggal di rumahnya dan menjadi hamba sahaya dan khadamnya.

Semua pintu terkunci rapat dan kesempatan terbuka luas.

TETAPI

Pengaruh dan kekuasaan iman dapat menahan Yusuf ‘alaihissalam dari memperturutkan rayuan wanita itu.
Dalam al-quran menceritakan

وَرَاوَدَتْهُ الَّتِي هُوَ فِي بَيْتِهَا عَن نَّفْسِهِ وَغَلَّقَتِ الأَبْوَابَ وَقَالَتْ هَيْتَ لَك

 قَالَ مَعَاذَ اللّهِ إِنَّهُ رَبِّي أَحْسَنَ مَثْوَايَ إِنَّهُ لاَ يُفْلِحُ الظَّالِمُونَ

Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: "Marilah ke mari, aku bersedia untukmu". Yusuf menjawab: "Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu) sesungguhnya Tuhanku telah memeliharaku dengan sebaik-baiknya sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya". (surah yusuf ayat 23 )

Lalu wanita muda,isteri pembesar itu tadi ,dengan segala tipu daya,berusahaa memujuk Yusuf ‘alaihissalam,ditambah dengan ancaman hukuman dan memperlihatkan kemarahannya sebagai seorang wanita.Dalam al-quran dicerita pengakuan wanita itu sendiri berbnyi. :

قَالَتْ فَذَلِكُنَّ الَّذِي لُمْتُنَّنِي فِيهِ وَلَقَدْ رَاوَدتُّهُ عَن نَّفْسِهِ فَاسَتَعْصَمَ وَلَئِن لَّمْ يَفْعَلْ مَا آمُرُهُ لَيُسْجَنَنَّ وَلَيَكُوناً مِّنَ الصَّاغِرِينَ

(Zulaikha) berkata: "Inilah orangnya yang kamu tempelak aku mengenainya! Sebenarnya aku telah memujuknya berkehendakkan dirinya tetapi ia menolak dan berpegang teguh kepada kesuciannya; dan demi sesungguhnya kalau ia tidak mahu melakukan apa yang aku suruh tentulah ia akan dipenjarakan, dan akan menjadi dari orang-orang yang hina." (surah yusuf : ayat 32 )

Berhadapan dengan pujukan dan ancaman itu,
Yusuf ‚alaihissalam menadahkan tangan pengharapan kepada Tuhan ,supaya terpelihara dari perbuatan salah sebagaiman disebutkan dalam Al-quran >
قَالَ رَبِّ السِّجْنُ أَحَبُّ إِلَيَّ مِمَّا يَدْعُونَنِي إِلَيْهِ وَإِلاَّ تَصْرِفْ عَنِّي كَيْدَهُنَّ أَصْبُ إِلَيْهِنَّ وَأَكُن مِّنَ الْجَاهِلِينَ
Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya" (surah yusuf :ayat 33 )

Begitulah teman2…bagaimana iman itu menjadi perisai kepda kita
Taktala..nafsu berusaha menguasai jiwa.
Lantas iman menjadi tembok besi kepada hati kita.
Dan cukuplah kisah ini untuk menjadi bukti
Bahawa iman lah yang dapat mengalahkan dorangan dan kehendak hati dan nafsu


guruku..


Guru Oh Guru
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
Guruku 
Kau penyuluh hidupku 
Menerangi alam ini 
Kau ku anggapkan 
Sebagai ibubapaku 

Wahai guruku 
Kau ibarat sebatang lilin 
Menerangi alam kegelapan 
Kau sanggup membakar dirimu 

Wahai guruku 
Kau insan yang mulia 
Mendidik dan membimbing daku 
Kaulah insan yang kusanjungi 

Guruku 
Segala baktimu 
Akan ku balas dengan kejayaanku 
Akan ku buktikan kepadamu 
Wahai guruku 





Thursday 26 January 2012

buat teman2 seperjuangan

Salam teman-teman seperjuangan,

Hijrah bukanlah kerja main-main dan suka-suka.
Hijrah bukanlah perpindahan dari tempat ke setempat kerana cari makan.
Hijrah bukanlah lari daripada kesusahan mencari kesenangan.

Hijrah adalah perintah daripada ALLah. Perintah yang wajib dilaksanakan samada di masa senang atau susah, suka atau benci, dekat atau jauh.
Hijrah untuk menegakkan Islam sebagai satu-satunya ad-Dien=agama=Cara Hidup yang diredhai oleh ALlah.

Hijrah bersama jama'ah yang diketuai RasuluLlah saw ke Madinah untuk menegakkan sebuah Negara Islam yang terlaksana di dalam syariat dan peraturan Islam. Oleh itu umat Islam jangan sesekali meninggal jama'ah Islam dan kepimpinannya.
Di zaman Nabi saw, ada kalangan umat Islam di Makkah yang enggan berhijrah kerana sayangkan harta kekayaan di Madinah, sayang untuk meninggalkan kampung halaman serta tidak mahu susah. Takut kepada pemimpin Quraisy Makkah dan lain-lain.

Pada tahun 2 hijriah berlaku perang Badar, peperangan antara Islam dan jahiliah. Islam di bawah kepimpinan RasuluLlah saw manakala jahiliah di bawah kepimpinan Abu Jahal dan Abu Lahab. Orang-orang Islam yang enggan berhijrah telah dipaksa oleh regim musyrikin Makkah supaya menyertai mereka melawan pihak Islam. Akhirnya ada di antara mereka yang mati di pihak musuh dalam perang tersebut. Bacalah firman ALLah dalam surah an-Nisa' ayat 97,


إِنَّ الَّذِينَ تَوَفَّـاهُمُ الْمَلَـئِكَةُ ظَاـلِمِى أَنفُسِهِمْ قَالُواْ فِيمَ كُنتُمْ قَالُواْ كُنَّا مُسْتَضْعَفِينَ فِى الاٌّرْضِ قَالْواْ أَلَمْ تَكُنْ أَرْضُ اللَّهِ وَسِعَةً فَتُهَـاجِرُواْ فِيهَا فَأُوْلَـئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَسَآءَتْ مَصِيراً
Sesungguhnya orang-orang Yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat Dengan berkata: "Apakah Yang kamu telah lakukan mengenai ugama kamu?" mereka menjawab: "Kami dahulu adalah orang-orang Yang tertindas di bumi". malaikat bertanya lagi: "Tidakkah bumi Allah itu luas, Yang membolehkan kamu berhijrah Dengan bebas padanya?" maka orang-orang Yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.

marilah kita bersama2 dalam menegakkan syariat Islam di bumi tercinta ini..





Untukmu Saudaraku - Syaikh Abbas Hassan as-Siisi



Salam sahabat-sahabat,
Marilah kita teruskan kerja-kerja dakwah yang telah dibawa oleh RasulouLLah saw dan para sahabat. Bermula dengan individu, keluarga, masyarakat dan akhirnya diharapkan tertegaknya Daulah Muslimah atau Negara yang tunduk kepada ALlah. Mari kita lihat apa yang diutarakan oleh Syaikh Abbas as-Siisi;
Individu adalah komponen terkecil penyusun masyarakat, Dia memegang peranan penting dalam menentukan perjalanan dan bentuk masyarakat itu sendiri. Oleh kerana itu, yang menjadi tonggak dalam gerakan kita adalah individu, kemudian keluarga, dan akhirnya masyarakat.Maka perbaikilah dirimu terlebih dahulu, kemudian serulah orang lain ke jalan kebaikan. Kerana terwujudnya peribadi-peribadi yang benar-benar mukmin akan membuka banyak peluang untuk sukses-berjaya. Inilah karakteristik Islam yang paling menonjol, iaitu pembentukan peribadi islami {takwin asy-syakhshyah al-islamiyyah).
Walaupun jumlah orang yang memusuhi Islam sangat banyak, namun jika kita dapat mengajak satu orang dari mereka dalam setiap hari agar mahu bergabung dalam dakwah islamiah, maka perlahan-perlahan tapi pasti kita telah menyelamatkan mereka dari kehinaan jahiliah menuju kemuliaan di bawah naungan cahaya Islam.Bukankah ini adalah tujuan dakwah? Bukankah mencari pengikut dengan cara seperti ini adalah tindakan yang bijaksana dan akan membuahkan hasil yang jelas?
Tugas kita adalah meluruskan pendapat umum yang salah terhadap Islam. Jika individu boleh menjadi baik, maka masyarakat pun akan menjadi baik, dan dengan sendirinya Islam akan berdiri tegak. Dalam jamaah dakwah islamiah sendiri, kita mengadakan suatu program yang kita sebut dengan projek al-akh al-wahid, iaitu setiap anggota berjanji dan berusaha untuk mengajak satu orang anggota baru dalam satu tahun.
Tidak seorang pun diperbolehkan menunda-nunda waktu, kerana putaran waktu adalah bahagian dan pengubatan dan pembentukan (at waqtu juz'un minal 'ilaj wat takwin).Sehari dalam kehidupan individu adalah setahun dalam kehidupan umat. Umat yang mengerti betul akan hakikat kehidupan, mereka tidak akan pernah mati. Ini semua akan bergantung pada para da'i (pendakwah)dalam memandang kesucian dan urgensi risalah dakwah serta bergantung pada pengorbanan para da'i, baik harta, tenaga, mahupun waktu.
Yang perlu diperhatikan oleh para da'i pada masa pembentukan (fase takwiniyah) adalah memberikanuswah hasanahbertujuan menampilkan di hadapan masyarakat gambaran nyata tentang Islam. Ini harus dilakukan dengan kemantapan Projek Memikat Objek Dakwah iman, pemahaman yang universal, dan bertoleransi dalam masalah-rnasalah khilaf dan furu.
Metode dakwah haruslah secara tadarruj (bertahap-berperingkat), sebagaimana firman Allah swt., "Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat." (Asy-Syu'ara: 214)
"Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang musyrik. " (Al-Hijr: 94)
"Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telab dianiaya. Sesunggubnya Allah benar-benar Maha kuasa menolong mereka itu." (Al-Hajj: 39)
Dari anasir jahiliah, Rasul mencetak pasukan hidayah. Dari anasir hidayah, Rasul menaklukkan negen-negeri thaghut. Di jalan itulah, Rasul meletakkan sistem dakwahnya.

oh kasut..kamu lebih baik menjaga rasulullah daripada aku...


oh kasut..kamu lebih baik menjaga rasulullah daripada aku...

sahabat2..lihat lah video ini..
selamilah  ia.

tundukkan hatimu sahabat2..
jangan kamu merasa sombong  dan ego !!

adakah kamu tidak malu bila mana  Tuhan mu bertanya 
'tidak malukah  kau  bermaksiat kepadaKU. ???'

tidak malukah kita  ??

tidak malukah kita  ??

tidak malukah kita  ??


dan lalu   bila mana     ALLAH  berkata kepada kita 

"kau sembunyikan dosamu dari makhluk-KU.
dan kau  datang kepadaku dengan  penuh dosa.."




apakah jawapan kita ..........?


tp   masih ada masa  sahabt2 untuk kembali kpdNYa.

sahabat2 ..
marilah sama2 kita kembali padaNYA.


janganlah kita berputus asa pada rahmat ALLAH


.


dan jangan lupa selawat pada junjungan besar nabi muhammad s.a.w.



Wednesday 25 January 2012

anda nak buat maksiat...???? hurm/cuba baca dulu ni,...5 syarat.





Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham.
Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata,

"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

1.Ibrahim bin Adham berkata,

"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya."


Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata,
"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?"
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.

"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya? "

2. "Yang kedua," kata Ibrahim,

"Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!"
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.
Ibrahim kembali berkata kepadanya, "

Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya? "
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu.



3. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab,

"Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata,

"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"
Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

4.Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan,

"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya;
Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh."
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar,

"Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? "

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu,

lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?"

5.Ibrahim pun menjawab,

"Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."



Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. "

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim.

Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Wallahua'lam"








jom membaca !!

satu buku yang membangkitkan jiwa yg lemah dalm melayari bahtera ini

buku yang kelihatan biasa2 tapi pengisiannya cukup terkesan


satu kitab yang mana membuatkan kita lebih memahami sirah rasulullah

buku yang menyentuh bab iman(aqidah) dalm kehidpan ini

buku yang buatkan diri ini membaca setiap bait2 perkataan dalam buku ini..
tulisan syeikh yusuf al qaradawi


buku ni paling berteori....tp best jugak
xjelass..nama buku exploration in islamic science.

buku ni best jugak..baca masa nk exam..



jom membaca !!

ingatkah kalian tentang wahyu pertama diturunkan.
أقرأ باسم ربك الذي خلق . خلق الإنسان من علق .

 اقرأ وربك الأكرم . الذي علم بالقلم . علم 

الإنسان مالم يعلم

bacalah!

jom membaca !!!..








Tuesday 24 January 2012

berilah sentuhan kasih sayang pada mereka


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Oh kenangan…

Coretan ini daku tulis dan daku coret selepas menghantar anak buahku,khayra zafirah ke tadika…dia berumur 5 tahun..


Pagi yg bermula indah dalam persiapan ke masjid untk subuh berjemaah.
Kembali suram bila melihat dia menangis lagi …….
Ku tahu dia bukanlah sengaja nangis..
Ku tahu dia bukanlah org yg nakal
Ku tahu dia bukanlah kanak2 yg menyusahkan…
Hakikatnya..
Dia seorang yang memerlukan didikan dengan kasih sayang….
dan ini juga ujian ALLAH ..bagaimana kita didik mereka
Kerana aku juga pernah menjadi kanak2.
Ingatlah wahai teman...
Kanak2 sekecil itu..
Berikanlah sentuhan kasih sayang pada mereka..
Ku selitkan dua kisah bagaimana rasulullah terhadap kanak2.

1.Sikap penyayang Rasulullah terhadap kanak-kanak
Apabila bertemu kanak-kanak Baginda akan menyalami mereka, meletakkan tangan Baginda di kepala mereka, dan mendukung anak yang kecil. Baginda merasa terharu apabila seorang ibu itu mencintai bayinya. Ketika berbicara dengan ibu-ibu, beliau akan berkata,” Barang siapa yang dikurniakan anak-anak oleh Allah swt dan dia mencintai anak-anakaknya dan juga menunaikan kewajipannya terhadap mereka makan dia akan selamat dari neraka jahanam.”

2.Rasulullah tidak perah bersikap kejam terhadap kanak-kanak
Rasulullah S.A.W sangat menyukai kanak-kanak. Sepanjang hidupnya sama sekali Baginda belum pernah memukul, bersikap kasar, kejam ataupun bersikap diam terhadap kanak-kanak. Baginda sangat sedih terhadap tingkah laku orang arab jahiliah yang biasa menanam hidup-hidup anak-anak perempuan mereka hanya untuk menjaga martabat mereka. Rasulullah saw sangat terharu ketika di Aqabah orang arab bersumpah setia tidak akan membunuh anak-anak mereka lagi. Semenjak hari itu perbuatan keji tersebut dihentikan

Sahabat.
Wahai teman.
Didiklah kanak2 ..tidak kira anakmu..atau anak saudaramu..
Dengan didikan yg benar.....dan dengan cara yg betul............dengan apa yg diajarkan oleh Islam.
Kepada ibu bapa....
..pada masa hadapan..kau akan lihat..
Anakmu itulah yg menjadi aset untuk ke syurga,
anakmu itulah yg akan menyempurnakan jenzahmu sehingga ke kubur..

bila mana kau didiknya dengan metod/kaedah yg islam ajarkan...
kau akan lihat anakmu itu bila besar bagaikan butir mutiara yg tengah lautan..

didik kanak2 bukanlah sukar.
namun jangan kau mudahkan sehingga kau tidak rujuk pada apa yg diajarkan Islam..

akhir kata..
didiklah kanak2 dengan sentuhan kasih sayang ..


dan
 buat anak2 buahku a.k.a permata hatiku..
nurin,nurul,khayrah,adam dan alisya,
damia,adam.,nurul,khayra
                       alisya nuramanina


ucu doakan kamu semua menjadi anak2 yg baik.......

i love kids.......

Monday 23 January 2012

nuklear ??...ap tu???


Apa itu nuklear ?????

Hurmm.
Artikel ini tercetus bila mana melihat org hanya menyamakan nuclear=benda buruk dan bahaya..bom

Namun diri ini tidak salahkan org yg memandang nuklear sebegitu..
Kerana apa ??/
Kerana akhbar yang menakut2kan org ramai..
Dan bidang ini boleh dikatakan baru...di malaysia..
Ok..kita mula dgn perkata nuklear..
Mudah kata..nuklear ini adalah satu teknik.metod yang berkaitan sinaran..radinuklid
dan tenaga atom....dan atom itu adalah element paling kecil.kalau belajr sains
Inilah maksud yang sy dapat tentang nuclear setelah 1 tahun setngah menuntut ilmu ini di UKM.
Dan saya melihat …
Ramai hanya menyangka nuclear membawa keburukan sahaja..
Padahal..
Mereka lupa…di hospital,..ada PET.ada CT scan

Xray…..

Mungkin ramai tidak tahu kaedah untuk mengesan kanser awal.adalah gunakan kaedah dalam ilmu nuklear…
Itu di hospital
Dalam bidang pertanian pula..kami didedahkan dengan food irradiation..food safety..
Apa itu food safety dan food security ??
Food safety[1] is a scientific discipline describing handling, preparation, and storage of food in ways that prevent foodborne illness. This includes a number of routines that should be followed to avoid potentially severe health hazards.

 gov. at 1996 world food summit defined food security as ...
    "when all people  at all times  have excess to sufficient ,safe and nutritious food to meet their dietary needs and food prefeences for an active and healty life"

kami ini diajar menjaga keselamatan makannan..dalam bahasa mudah .khasiat…

dan kami ini juga diajar bagaimana untuk menjadikan stok makanan untuk sesebuah Negara cukup untuk orang di dalam Negara makan..

itu kalau dalam bidang makanan.
Dalam bidang pertanian

dalam bab biak baka mutasi..
Xperlu rasanya saya terangkan panjang lebar..cukup dengan satu definisi sahaja
definisi bagi biak baka mutasi -
"Penggunaan sinaran untuk menghasilkan tumbuhan
 (variti) baru yang mempunyai kelebihan daripada induknya, kualiti dan sifat tumbuhan"

Dan ini adalah petika akhbar mengenainya.

"KUALA LUMPUR 23 April - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya menghasilkan tiga jenis tumbuhan rosel baru melalui program biak baka daripada rosel Arab."

Saya yakin bila sebut nuklear.pasti semua teringat kisah di chernobyl..fukushima..nagasaki..
Ya.saya akui memang nuklear ini memang ada keburukan juga.
Dan saya ingin nyatakan juga sumber2 tenaga elektrik yang lain juga punyai keburukan

Dan saya menulis bukanlah untuk mempertahan bidang saya ..tapi
Menulis dengan ilmu yang ada
Bercakap biar ada ilmu..
Janganlah hanya pandai komen jee !!!>.

dan kalau ada salah salah silap..mohon betulkan..baru setahun dalam bidang ini

Dan saya teringat kisah ..
Bila saya diperlihatkan dgn sehelai kertas putih..yang mana hanya ada dot(tanda titik)  1 di tengah2  kertas..
Dan ditanya apa yang kamu nampak/.
Lalu saya jawab titik hitam..

Lalu dikatakan padaku,
begitulah manusia..kebaikan yg bnyak yg ada pada sesuatu kita tidak nampak.
Tapi yang kita lihat dan war2kan kejahatan/keburukan yang setitik...
Akhirnya..
Tuntutlah ilmu itu dgn sebenar2nya..
Janganlah hanya belajar untuk exam

Bila kau belajr untuk exam
Yang kau dapat ialah NOTHING......


jadilah pemuda-pemudi yang keluar universiti mampu memberi sumbangan dalam pembangunan negara..yg mampu mengembalikan zaman kegemilangan islam.


ingat pemuda !!..
kamulah yang akan memimpin masa hadapan. !!!..


jangan kamu TERUS LALAI WAHAI PEMUDA !!!








Hutangku pada Ibu......(petikan buku Nota hati seorang lelaki)


kekadng tersa ditusuk rasa nan gelisah...
pada wajahmu yang menanggung resah...
laut keringatmu yang membanting tenaga..
dan getir mujahadahmu di kelelahan jiwa..
dari buaianku hinggalah dewasa...


Kini aku Terpaku dalam lelah safar kehidupan.
meneguk kesusahan ..ujian demi ujian..
Entah bilakan reda..

Ibu..
Cuba kupadam hitam yang mencalar semalam..
Tika ku gamit cerah esok yang masih berbalam..
dan hari2ku ini...yang terus menerus mencengkam..

Ibu,,
Apakah aku terlalu..
pada deritamu yang aku relakan
pada jerit batinmu yang aku pekakkan
pada sengsara jiwamu yang tak pernah..aku belaikan..

ibu..

Hutang anakmu ini sudah terlalu!!!!




kisah luqmanul hakim




Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."

Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu." Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu." Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu." Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."