Sebelum beliau syahid, ini adalah pesanan beliau
Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku dan kau siram pusaraku dengan air matamu maka diatas tulangku yang hancur luluh nyalakanlah obor buat umat mulia ini dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya
Saudara!
Kematianku adalah suatu perjalann mendapatkan KEKASIH yang sedang merindu taman-taman di syurga TUHAN-ku bangga menerimaku burung-burungnya berkicau riang menyambutku bahagialah hidupku dialam abadi
Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur dan alam ini akan disinar fajar lagi biarlah rohku terbang mendapatkan rindu-NYA janganlah gentar berkelana di alam abadi nun di sana fajar sedang memancar
*pesanan akhir ini di tulis beliau beberapa ketika sebelum beliau menemui syahid pada hari Isnin 13 Jamadil Awal 1386 bersamaan 29 Ogos 1966
Demi Allah, kalaupun dengan perkataan itu dapat menyelamatkan aku daripada tali gantung sekalipun, sesekali aku tidak akan mengucapkannnya. Aku lebih rela kembali menemui Allah dalam keadaan Dia meredhai aku dan aku meredhai-Nya”
- As Syahid Syed Qutb
i
No comments:
Post a Comment