Saturday 28 April 2012

Menelusuri Kisah Sirah Nabawiyah


Menelusuri Kisah Sirah Nabawiyah

Sirah adalah suatu rujukan penting bagi pendakwah dalam menjalankan usaha dakwah.Terutamanya,sirah Nabi Muhammad s.a.w.yang merupakan insane kamil dan pendakwah  terulung sepanjang zaman.Ini kerana dalam sirah nabawi itu terkandung perjalanan dakwah dan teknik penyebaran Islam secara tepat dan efisien.Ia mempunyai makna langkah berencana yang diterapkan Rasulullah s.a.w.semenjak baginda diutus sebagai rasul sehingga kewafatannya.
Firman ALLAH :
للَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٌ۬ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأَخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرً۬ا (٢١)Sesungguhnya pada diri Rasulullah ada teladan yang baik bagimu, yaitu bagi orang yang mengharap Allah dan hari akhir serta banyak berdzikir kepada Allah.” (Al-Ahzab: 21)
As-syeikh Mustafa Masyhur berkata di dalam bukunya Bekalan Dalam Jalan dakwah :
“Sesungguhnya pendakwah kepada ALLAH akan menemui sebaik-baik bekalan untuk melalui jalan dakwah menerusi sirah Rasulullah s.a.w..Ia berdasarkan kepada beberapa sebab : Sesungguhnya jalan dakwah yang kita lalui merupakan jalan yang sama yang pernah dilalui oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya sebelum ini.Sebab kedua,kerana kita sedang berada di fasa yang hampir serupa dengan fasa pertama dakwah Rasulullah s.a.w ..Islam kembali asing sedangkan jahiliah kembali mengancam masyarakat.Pendakwah kepada ALLAH ditekan,diseksa dan dianiaya.Musuh-musuh ALLAH memerhati dan melakukan konspirasi,.Ia memperkukuhkan lagi alasan kita mengapaa kita mesti mengambil bekalan daripada sirah Rasuluillah s.a.w. dan segala peristiwa yang ada situasi yang ada di dalamnya.Apatah lagi ,Rasulullah s.a.w. merupakan sebaik-baik teladan buat kita “
                    Kita dapat lihat antara initipati yang dikatakan oleh as-syeikh Mustafa masyhur ialah kita akan mendapatkan bekalan yang sebenar-benar bekalan dalam mengharungi jalan dakwah dan dalam membangunkan manusia dalam segala aspek yang mana Islam telah gariskan.



              Sesungguhnya antara bekalan utama dan penting yang boleh diambil daripada sirah adalah penyediaan kejiwaan dan bekalan rohani .Pendakwah memerlukan bekalan ini di sepanjang jalan dakwah.kerana ia merupakan sebaik-baik pembantu dalam melaksanakan tuntutan dakwah dan berguna untuk mengatasi halangan dan kesukaran.Bukan itu sahaja ,ia juga membantu supaya berwaspada terhadap selekoh tajam dan penyelewengan.
Kita boleh lihat bagaimana arahan ALLAH s.w.t agar Rasululllah s.a.w melakukan qiamullail yang disebutkan dalam firman-Nya dalam surah al-muzzammil  ayat 1-5 :
                                                                                                                                   
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡمُزَّمِّلُ (١) قُمِ ٱلَّيۡلَ إِلَّا قَلِيلاً۬ (٢) نِّصۡفَهُ ۥۤ أَوِ ٱنقُصۡ مِنۡهُ قَلِيلاً (٣) أَوۡ زِدۡ عَلَيۡهِ وَرَتِّلِ ٱلۡقُرۡءَانَ تَرۡتِيلاً (٤) إِنَّا سَنُلۡقِى عَلَيۡكَ قَوۡلاً۬ ثَقِيلاً (٥)
Wahai orang yang berselimut!. (1) Bangunlah sembahyang Tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), (2) Iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu, (3) Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil". (4)(Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya). (5)
(surah al-muzzammil : 1-5 )
                Oleh itu.bertaqarrub dan memperbaiki hubungan dengan-Nya merupakan sebaik-baik bekalan di sepanjang jalan dakwah.






                       Setiap kali kita membaca mengenai rintangan dan penyeksaan yang dihadapi oleh Rasulullah s.a.w. .kita dapati Baginda s.a.w tetap sabar memikul tanggungjawab dakwah.Bahkan kita dapati Baginda s.a.w. amat komited agar hidaya sampai kepada kaumnya.Lantaran itu,kita boleh mengambil bekalan dan kekuatan untuk meneruskan perjalananan dakwah(pembangunan manusia ke arah pembangunan yang diredhai ALLAH) dan bersedia menanggung segala bentuk kesakitan.
                      Lihatlah wahai saudaraku kepada kesan yang mendalam dalam diri-diri kita terhadap pendirian agung Rasulullah s.a.w.. dan kata-kata abadi Baginda ketika ditawarkan dengan berbagai tawaran ,jawatan raja ,harta dan ketuanan.
“Wahai bapa saudaraku! Demi Allah, sekalipun mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku supaya aku menghentikan tugas agama ini sehingga Allah memenangkannya atau aku sendiri hancur, aku tidak akan meninggalkan tugas ini.”
Kata-kata di atas menunjukkan penentangan terhadap kebatilan dan memandang remeh segala mata benda dunia.
Sesungguhnya di dalam sirah ini adalah bekalan yang seharusnya dan sewajibnya ada dalam diri pendakwah untuk memastikan pendakwah berada dalam landasan dakwah yang asli dan akan buatkan pendakwah berdiri kukuh di jalan dakwah
                         Antara sebab lain mengapa pendakwah seharusnya menelusuri sirah adalah kerana di sana ada mengajar kita betapa pentingnya akhlak pendakwah dalam pembangunan manusia.Kita boleh lihat bagaimana Rasulullah s.a.w. dan seorang pengemis yahudi  :







“ Di sudut pasar Madinah al-munawarah ada seorang pengemis yahudi buta .Setiap orang yang menghampirinya akan diingatkan oleh si buta itu dengan kata-kata : ‘wahai saudara-saudari,jangan dekati Muhammad ,dia itu orang gila,dia itu pembohing,dia itu tukang sihir,apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya.Namun setiap pagi Rasulullah s.a.w mendatanginya dengan membawa makanan dan tanpa berkata sepatah kata pun baginda menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang bernama Muhammad.Rasulullah s.a.w melakukannnya hingga kewafatan baginda,Setelah kewafatan baginda,tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis yahudi itu.Suatu hari Abu bakar berkunjung ke rumah anaknya Aisyah .Beliau bertanya kepada anaknya ,”anakku,adakah sunnah kekasihu(Muhammad) yang belum aku kerjakan .?” Aisyah menjawab ,wahai ayahanda ,engkau adalah ahli sunnah,hampir tiada satu sunnnah pun yang belum ayahanda kerjakan kecuali satu sunnah lalu Aisyah pun sebutkan bahawa setiap pagi Rasulullah s.a.w selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana.Pada keesokan harinya Abu bakar pergi ke pasar dengan membawa makanan lalu wujudlah satu dialog bila mana pengemis itu merasakan Abu bakar bukanlah orang yang biasa membawakannya makanan lalu si pengemis buta itu berkata , “ apabil dia(Rasulullah) dating kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah.Orang yang biasa mendatangiku tidak selalu menyuapiku dengan lembut .Abu bakar tidak dapat menahan air matanya.Dia terus berkata ‘aku memang bukan orang yang biasa datang padamu,aku adalah salah seorang sahabatnya ,orang yang mulia itu telah tiada.Dia adalah Nabi Muhammad s.a.w’.Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar ,pengemis yahudi buta itu akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar, ”

No comments:

Post a Comment