Saturday 7 April 2012

Jalan menuju ketaqwaan

jalan menuju ketaqwaan :
1) perjanjian 
saudaraku pendakwah! Sesungguhnya apabila engkau mensyaratkan (menetapkan) dirimu untuk terus tetap beriltizam di atas janji yang telah engkau meterai sehari semalam lebih dari tujuh belas kali, kemudiannya engkau memikulnya dengan penuh persetiaan dan
pelaksanaan, maka sesungguhnya engkau tidak syak lagi sedikit demi sedikit  maju ke arah ketakwaan, berjalan engkau di jalan kerohanian dan sampai engkau ke suatu lingkungan perhentian di tingkatan para muttaqin yang dilimpahi dengan kebajikan.

2) Muraqabah
menghadirkan (merasakan) kebesaran Allah di setiap waktu dan keadaan seterusnya mendampingi kepada-Nya di ketika  tersembunyi ataupun secara terang-terangan.

3) Muhasabah
Ketahuilah saudaraku pendakwah! Adalah sepatutnya bagi seorang mukmin untuk mengadakan baginya satu waktu yang khusus dipermulaan siangnya di mana di waktu tersebut ia berjanji pada dirinya sendiri untuk memperbetulkan niatnya, berterusan di setiap waktu dalam ketaatan, menunaikan segala kewajipan seterusnya membebaskan diri dari riak.

4) Mu’aqabah (deraan)
seseorang mukmin apabila ia meneliti dan menghisab dirinya, lalu ia mendapati kekurangan pada amalannya atau ia telah melakukan dosa adalah tidak sepatutnya beliau mengenepikannya begitu sahaja apa yang telah  dilakukannya. ini kerana dengan sifat menganggap mudah terhadap dosa yang dilakukannya akan rnendorongnya untuk kembali melakukan dosaserta menyukarkannya untuk meninggalkan kemaksiatan. Bahkan sepatutnyalah beliau mengenakan satu hukuman (deraan) ke atas dirinya dengan deraan yang diharuskan sebagaimana beliau mendera keluarga dan anak-anaknya. Dalam konteks ini, deraan ini bertindak sebagai penghalang kepadanya untuk melakukan dosa, seterusnya membawa kepada ketakwaan dan ke suatu kehidupan yang penuh dengan kelebihan dan kesejahteraan

5) Mujahadah
seseorang mukmin apabila diselubungi oleh perasaan malas dan condong kepada keduniaan serta gagal untuk melaksanakan amalan sunat dan ketaatan di waktunya maka beliau sepatutnya berusaha agar dapat menunaikan perkara-perkara sunat lebih banyak dan yang dibuat sebelumnya. Beliau memaksa serta mewajibkan dirinya dengan penuh
semangat untuk berterusan mengekalkan amalan tersebut. Hinggakan kesemua amalan ketaatan yang merupakan paksaan pada awalnya, di suatu masa nanti akan menjadi kebiasaan dan sebati dalam dirinya.

No comments:

Post a Comment