Monday 6 February 2012

kitab2 sirah nabawiyah


Pada mulanya kisah dalam Sirah Nabi s.a.w. hanya merupakan hadis-hadis yang
diriwayatkan oleh para sahabat r.a. kepada generasi selepas mereka. Sesetengah sahabat
memberikan perhatian khusus terhadap setiap peristiwa yang berlaku dalam sirah Nabi s.a.w.
dan pendetailannya. Kemudian, para tabien menukilkan riwayat-riwayat ini dan mencatatnya
dalam lembaran simpanan mereka. Sesetengah mereka memberi perhatian khusus terhadap
usaha ini, contohnya: Aban bin 'Othman bin 'Affan r.a (32-105H) dan 'Urwah bin az-Zubair
bin al-'Awwam (23-93H). Contoh di kalangan tabien kecil pula iulah, Abdullah bin Abu
Bakar al-Ansori (meninggal dunia pada 135H), Muhammad bin Muslim bin Syihab az-Zuhri
(50-124H) yang mengumpulkan sunnah pada zaman 'Umar bin 'Abdul 'Aziz hasil
perintahnya, juga 'Asim bin 'Umar bin Qatadah al-Ansori (meninggal dunia 129H).
Kemudian keprihatinan terhadap Sirah telah berpindah kopada generasi selepas mereka,
sehingga generasi ini menulis sirah dalam penulisan yang khusus (diasingkan daripada
bidang yang lain). Di antara pengarang awal Sirah yang paling terkenal ialah Muhammad bin
Ishaq bin Yasar (Ibnu Ishaq) (meninggal dunia 152H). Jumhur 'ulama dan para ahli hadis
bersepakat mengatakan beliau thiqah, kecuali Malik dan Hisyam bin ' Urwah bin az-Zubair.
Diriwayatkan bahawa Malik dan Hisyam mempertikaikan beliau. Namun, kebanyakan 'ulama
muhaqqiqin menafsirkan tindakan kedua-dua orang 'alim besar ini mempertikaikan
kethiqahan Ibnu Ishaq adalah disebabkan persengketaan peribadi yang berlaku di antara
mereka.
Ibnu Ishaq pula telah menulis kitab al-Maghazi. Kitab ini mengandungi hadis-hadis dan
riwayat-riwayat, yang (didengarnya sendiri di Madinah dan Mesir. Dukacitanya, kitab ini
tidak sampai kepada kita. la telah hilang bersama kitab-kitab lain yang hilang daripada
warisan ilmu kita yang kaya. Akan tetapi, kandungan kitab itu masih kekal terpelihara.


Kerana Ibnu Hisyam telah meriwayatkannya dalam kitab sirah beliau daripada jalan riwayat
gurunya, al-Bakka-ie, salah seorang murid Ibnu Ishaq yang terkenal.

Sirah Ibnu Hisyam



Beliau ialah Abu Muhammad Abdul Malik bin Ayyub al-Himyari (dikenali dengan
Ibnu Hisyam). Membesar di Basrah dan meninggal dunia pada tahun 213 atau 218H
mengikut perbezaan riwayat. Ibnu Hisyam telah menulis kitab as-Sirah an-Nabawiyah. Kitab
ini mengandungi peristiwa sirah yang diriwayatkan oleh gurunya, al-Bakka-ie daripada Ibnu
Ishaq, di samping peristiwa sirah yang beliau riwayatkan sendiri daripada guru-gurunya. Iaitu
riwayat yang tidak disebut oleh Ibnu Ishaq dalam kitab sirahnya. Beliau telah menyebut
riwayat Ibnu Ishaq yang tidak menepati citarasa ilmunya dan yang dikritiknya. Kitab ini
muncul sebagai sumber Sirah Nabi s.a.w. yang paling amanah, paling sahih. dan paling teliti.
Ia diterima oleh orang ramai menyebabkan mereka terus menamakan kitab itu dengan nama
beliau; Sirah Ibnu Hisyam. Kitabnya ini telah disyarahkan oleh dua orang 'alim diri Andalus:
as-Suhaili (508-581H) dan al-Khusyani (535-604H)



Tobaqot Ibnu Saad



Beliau ialah Muhammad bin Saad bin Mani' az-Zuhri (dikenali dengan Ibnu Saad).
Lahir di Basrah pada 168H dan meninggal dunia di Baghdad pada 230H. Beliau adalah
seorang penulis kepada Muhammad bin 'Umar al-Waqidi (130-207HJ, ahli sejarah yang
terkenal dalam bidang kisah-kisah peperangan dan sirah. Ibnu Saad menyusun tulisannya
dalam kitabnya, at-Tobaqot (selepas menulis tentang Sirah Rasul a.s. dengan menyebut
nama-nama sahabat dan tabien mengikut lapisan generasi (tobaqot), kabilah dan kawasan
mereka. Kitab beliau, at-Tobaqot dianggap antara sumber awal sirah yang paling dipercayai
dan faktanya paling terpelihara dengan dinyatakan latar belakang sahabat dan tabien.

Tarikh at-Tobari



Abu Jaafar Muhammad bin Jarir at-Tobari (224-310H). Seorang imam, faqih, ahli
hadis dan pengasas mazhab fiqh yang kurang tersebar. Penulisan beliau di bidang sejarah,
tidak terbatas kepada Sirah Rasul a.s., bahkan sejarah umat-umat sebelumnya. Beliau
menyediakan bahagian yang khusus untuk Sirah Baginda a.s., seterusnya menyambung
perbicaraan tentang sejarah negara-negara Islam sehingga beliau hampir meninggal dunia.
Apa yang diriwayatkan oleh at-Tobari boleh dijadikan hujah dan dipercayai. Walau
bagaimanapun, banyak riwayat dhaif atau batil yang beliau sebut, beliau berpada dengan
menyandarkan riwayat tersebut kepada perawinya. Ini kerana puda zaman beliau, orang
ramai mengenali perawi tersebut. Contohnya, apa yang diriwayatkan daripada Abu Mikhnaf.
Abu Mikhnaf adalah seorang pengikut Syiah yang taksub. Namun begitu at-Tobari banyak
memasukkan riwayat beliau ke dalam tulisannya dengan cara menyandarkan riwayat tersebut
kepada Abu Mikhnaf. At-Tobari seolah-olah melepaskan tanggungjawab riwayat tersebut dan
meletakkannya ke bahu Abu Mikhnaf.








ruangan ini adalah sekdar perkongsian tentang kitab2 sirah yg kita boleh baca...........untuk kita lebih memahami..menghayati sirah nabawiyah


No comments:

Post a Comment